Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 20, 2023 @ 7:02pm

“Terlalu Banyak Drama Curang Punca Kes Penyondol Semakin Menjadi” – Lancar Syarikat Produksi, Fazura Mahu Cipta Filem Perkasakan Hak Wanita

Pelakon dan usahawan jelita, Nur Fazura meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pihak produski yang sering menerbitkan drama atau filem berunsurkan isu curang.

Menurut Fazura, industri tanah air kurang mengetengahkan tentang pemerkasaan wanita (women empowerment) membuatkan aktres filem terkenal Gol dan Gincu ini menolak pelbagai tawaran berlakon.

“Sorry to say tapi saya sedih sebenarnya tengok industri seni terlalu banyak keluarkan jalan cerita drama yang berulang. Isu curang, perempuan berebut dua lelaki. Bila nak mengangkat martabat wanita? We lack that in Malaysia.

“Memang tak akan berubah dengan skrip yang sama. Sebab itu tercetusnya isu penyondol yang semakin berleluasa. Saya bukan nak riyak, tapi banyak tawaran berlakon yang saya tolak.

“Saya sedih, kecewa bila baca skrip jalan cerita sama. Itulah antara sebab saya dah lama tak berlakon. Dan dari situ, muncullah Fazura Pictures,” jelasnya.

Ujar aktres Manisnya Cinta Di Cappodocia ini juga, Fazura turut merancang untuk melakukan filem atau telemovie menerusi syarikat produksinya, iaitu Fazura Pictures.

Jelas isteri kepada pelakon, Fattah Amin, dia bakal mengeluarkan produk filem berkualiti tinggi yang memperkukuhkan tentang pemerkasaan wanita.

“Saya nak buat filem, telemovie. Tapi untuk sekarang kita start small dengan kempen tudung Fazura dulu. Impian saya nak buat lebih banyak.

“Saya harap ramai pihak produksi akan keluar dari zon selesa mereka untuk membuat drama yang berbeza demi memberi pengaran dan ilmu serta mengembangkan minda penonton.

“Alihkan stigma yang sama itu kepada baru,” katanya ketika ditemui di pelancaran koleksi tudung Fazura Aidilfitri 2023 baru-baru ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 22 Nov 2022

“Kita Berilah Masa Sedikit Untuk Kami Dan YDPA” – Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim minta semua beri ruang kepada YDPA

Featured Wed, 3 Dec 2025

Bapa Tiri Shila Amzah Titip Ucapan Penuh Kasih Buat Isteri – “Thank You Sayang Sentiasa Menemani Dalam Setiap Usaha”

Shila Amzah sekali lagi menyorot perhatian ramai apabila menitipkan ucapan penghargaan dan kasih buat isterinya menerusi hantaran di media sosial.

Trending Thu, 8 Apr 2021

Tiada SOP Baharu Berkenaan Surat Rentas Negeri

Kalau tak pasti boleh dapatkan penjelasan lanjut kepada pihak berwajib okay!

Trending Mon, 15 Feb 2021

Penerima Hati Pertama Di Malaysia, Mohd Afiq Ikmal Kini Kritikal

Kita doakan semoga adik Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini cepat sembuh

Hiburan Mon, 13 May 2019

Slash Tampil Single Berkonsepkan Religi?

Tak sabar rasanya nak dengar lagu terbaru dari kumpulan Slash!

familuv Thu, 12 Jul 2018
Hiburan Fri, 29 Nov 2024

Simpati Dengan Nasib Mangsa Banjir, Fattah Amin Beri Peluang Peminat Kirim Doa

Berada di Tanah Suci, Fattah Amin ingat mangsa banjir

Hiburan Fri, 13 Dec 2019

《妈妈咪呀》第七季马来西亚海选!寻找有潜力妈妈舞台施展才艺

自2013年开播以来累积了上亿观众良好口碑的大型女性励志才艺真人秀节目《妈妈咪呀》迎来第七季!

error: Content is protected !!