Euforia Bola 2026
Trending By: Syafiqa Irdina May 21, 2020 @ 11:52am

Dilantik Sebagai Senator, Bekas Personaliti TV3 Ras Adiba Mahu Perjuang Hak Golongan OKU

Bekas personaliti TV3, Ras Adiba Radzi telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Senator di bangunan Parlimen, Dewan Negara semalam.

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai pengacara televisyen di TV3 dan NTV7 itu, mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri SA Vigneswaran.

Wakil Golongan OKU

Presiden Orang Kurang Upaya (OKU) Sentral itu, akan memegang jawatan bagi tempoh yang sama berkuat kuasa hari ini sebagai mewakili golongan OKU.

Menerusi laporan Berita Harian, Ras Adiba menyifatkan pelantikan itu satu penghormatan kepada industri media negara setelah berpengalaman dalam bidang kewartawanan dan penyiaran selama lebih 34 tahun.

“Saya tidak sabar-sabar untuk turun padang dan berjuang bagi membantu pelaksanaan Akta OKU dan membantu isu-isu inklusiviti dan hak kepada OKU,” katanya.

Sebagai bekas warga media, beliau juga mahu melihat lebih ramai OKU terlibat dalam bidang penyiaran dan kewartawanan.

Tahniah diucapkan buat Senator Ras Adiba.

Sumber: Youtube Buletin TV3

Kredit: Berita Harian, Instagram Ras Adiba

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Thu, 4 Jun 2026

“Susah Hafal Skrip” – Bintangi Filem Pertama, Khairy Jamaluddin Banyak Belajar Dalam 5 Bomoh

Pengalaman pertama berlakon dalam filem membuka lembaran baharu buat KJ.

Trending Wed, 25 Nov 2020
Hiburan Sun, 14 Sep 2025
Trending Sat, 21 Dec 2019
Trending Mon, 13 May 2019

无现金交易!为 #RAYASEMPOI 掀起轻松过节新潮流

Touch‘n Go电子钱包走入甘榜峇鲁斋戒月市集!无现金交易为 #RAYASEMPOI 掀起轻松过节新潮流~

Hiburan Sun, 5 Oct 2025

MPO Bawa Penonton Jelajah Dunia Lagenda Menerusi Simfoni Tujuh Watikah

Konsert ini membawa penonton menyusuri perjalanan muzik dan pendidikan yang sarat nilai budaya serta imaginasi.

Featured Fri, 26 Jul 2024
error: Content is protected !!