Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops March 11, 2020 @ 11:42am

Ustaz Don Daniyal kongsi cara rawatan penyakit mental mengikut Islam

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang enteng kerana saban tahun, angka pesakit mental mengalami peningkatan dalam kalangan masyarakat negara ini.

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2018, mendapati kira-kira 29 peratus populasi rakyat Malaysia mengalami masalah penyakit mental dengan majoriti wanita berisiko tinggi mendapat simptom berkenaan.

Berdasarkan nisbah, seorang daripada tiga orang dewasa mengalami gangguan mental dan angka ini mencapai pada satu tahap yang membimbangkan.

Peka dengan situasi semasa, jenama hijab terkenal, SofeaRose menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka dengan menganjurkan Kempen Kesedaran Mental di Shah Alam, baru-baru ini.

tampil membantu masyarakat melalui penganjuran program

Kredit gambar: SofeaRose

Pengarah Urusan SofeaRose, Zaki Yusof, berkata program yang diadakan bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia itu bertujuan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada masyarakat khususnya pelanggan setia SofeaRose mengenai masalah berkaitan penyakit mental.

“Umum mengetahui, masalah mental semakin membimbangkan. Jika dahulu, ia mungkin dikaitkan dengan keturunan, tetapi pada hari ini, penyakit itu semakin menular dalam kalangan masyarakat dunia dengan bilangan yang meningkat secara mendadak.

ustaz don kongsi cara rawatan sakit mental

Pengarah Urusan SofeaRose, Zaki Yusof berharap program CSR yang dianjurkan dapat memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai isu kesihatan mental. Kredit gambar: SofeaRose

“Ya, kami sedar dan perlu bantu. Besar harapan kami agar penganjuran program sehari ini sedikit sebanyak dapat memberi impak positif kepada masyarakat umumnya dan golongan wanita khasnya. Saya percaya, jika kami tidak mengambil endah akan tanggungjawab ini dengan bantuan kuasa media khususnya, masyarakat kita akan terus tenat dan lemas tanpa bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program yang berlangsung di cawangan terbaharu butik SofeaRose di Central i-City Shah Alam.

Yang turut hadir ialah Pengarah Kreatif SofeaRose, Farrah Aina Sofian Sauri dan  wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) BefriendersKL, Ardy Ayadali.

Antara pengisian menarik sepanjang program itu ialah Forum Mini Kesihatan Mental: Dari Perspektif Islam dan Kesihatan serta perkongsian daripada BefirendersKL.

ustaz don kongsi cara rawatan sakit mental

Zaki dan Farrah bergambar bersama barisan tetamu dan panel jemputan. Kredit gambar: SofeaRose

Menerusi perkongsiannya, Ardy berkata, peranan BefriendersKL adalah untuk meningkatkan kesedaran agar masyarakat lebih peka dan prihatin terhadap kesihatan mental yang bukan sahaja menjejaskan keluarga pesakit, tetapi juga masyarakat secara amnya.

“Zaman dah berubah dan tekanan hidup juga berbeza. Gangguan mental akan menyebabkan seseorang berhadapan dengan kemurungan sehingga mendorong mereka untuk membunuh diri. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

“Kami berharap mereka yang mengalami masalah kemurungan dan gangguan mental agar tampil ke hadapan untuk mendapatkan bantuan dan tidak malu serta merana seorang diri,” katanya.

tampil membantu masyarakat melalui penganjuran program

Wakil daripada BefriendersKL, Ardy berkongsi mengenai pengalamannya sepanjang berkhidmat dalam NGO tersebut. Kredit gambar: SofeaRose

Usaha menangani kesihatan mental bukan masalah terpencil kerana kajian menunjukkan semakin ramai generasi muda menghadapi masalah berkenaan. Tekanan di rumah, sekolah dan pengaruh rakan sebaya antara punca dikenal pasti yang menyebabkan semakin ramai kanak-kanak dan remaja dikesan mengalami masalah mental seperti kemurungan.

Beliau berkata, antara pengalaman yang tidak boleh dilupakan apabila BefriendersKL menerima panggilan daripada kanak-kanak kecil yang terlalu tertekan dengan kehidupannya.

“Kami pernah menerima panggilan telefon daripada seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang menyatakan niat untuk membunuh diri. 

“Saya juga berharap agar keluarga dan masyarakat dapat memberi sokongan kepada mereka dengan membawa kepada pakar bagi mendapatkan rawatan profesional,” katanya.

tampil membantu masyarakat melalui penganjuran program

Kredit gambar: SofeaRose

Selain perkongsian itu, Forum Mini Kesihatan Mental: Dari Perspektif Islam yang dibarisi oleh panel jemputan antaranya pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dan isterinya, Pegawai Perubatan, Dr Husna Zahry turut mendapat sambutan menggalakkan.

Pada forum itu, Ustaz Don turut berkongsi cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan daripada mengalami masalah mental.

tampil membantu masyarakat melalui penganjuran program

Gambar: Arkib Hijab & Heels

“Sama seperti perubatan moden, dalam rawatan Islam pun kita kena diagnos dahulu untuk mengetahui masalah yang dihadapi. Paling mudah banyakkan berselawat kerana ia akan menghidupkan hati.

“Menurut ulama, ubat hati ada lima perkara iaitu baca al-Quran dan maknanya, dirikan solat malam, duduk dengan orang soleh, banyakkan berpuasa dan zikir malam,” kongsinya kepada Hijab & Heels.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 Apr 2026

“Kau Jawablah Nanti Dekat Akhirat” – Fattah Amin Pertahan Diri, Yakin Tindakan Dibuat Adalah Betul & Bersebab

Fattah Amin tampil memeprtahankan dirinya susulan isu tular mengaitkan dirinya baru-baru ini.

Featured Fri, 7 May 2021

Jom Daftar Jaringan Prihatin B40: Subsidi RM 180/ RM 300 Untuk Data & Peranti Anda

Baru baru ini,  Kerajaan telah memperkenalkan Program Jaringan Prihatin yang melibatkan melibatkan bantuan sejumlah RM180 seorang dan diperuntukkan untuk 8 juta penerima dari golongan B40 untuk kegunaan berkaitan telekomunikasi. Bantuan kredit ini boleh digunakan untuk belanja […]

Featured Thu, 16 Mar 2023
familuv Thu, 22 Aug 2019

6 taktik efisyen pisahkan anak dari tempat tidur

Yang penting buang perasaan kesian!

familuv Sat, 16 Jun 2018

9 Teknik Urutan Yang Perlu Dipraktikkan Untuk Bayi Anda

Bayi anda akan tidur lena selepas diurut guna 9 teknik urutan ini.

Featured Mon, 5 Dec 2022
Featured Tue, 13 Sep 2022

[VIDEO] Lengkap Berbaju Melayu, Nur Sajat Pernah Membintangi Klip Video Karaoke?

Tak sangka rupanya tu Sajat.. Memang manis dari dulu lagi kan? 😍🤩

Featured Tue, 3 Dec 2024

“Jangan Ada Yang Hidung Tinggi, Ramai Penyanyi Baru Sudah Mula Lupa Diri” – Jadi Juri CSOIAM, Ziana Zain Mahu Kongsi Pengalaman

Demikian respons Ziana Zain apabila diberikan tugas menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap OIAM.

Featured Mon, 27 Apr 2020
error: Content is protected !!