Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 20, 2023 @ 12:29pm

Tak Yakin Bertutur Bahasa Inggeris, Siti Nurhaliza Akui Kelemahan Diri – “Saya Bercakap Bila Saya Di Luar Negara Sebab…”

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengaku kurang berkeyakinan bertutur dalam bahasa Inggeris dengan lancar dan perkara tersebut menjadi kelemahan dalam dirinya.

Bagaimanapun, Siti menjelaskan, dia mampu untuk bertutur dalam bahasa tersebut apabila berada di luar negara dan tidak berada dalam kalangan orang Melayu yang disifatkan suka menghakimi.

“Saya mungkin kurang keyakinan, itu je kekurangan saya. Tapi sebenarnya, saya mampu untuk bercakap bila saya berada di luar negara atau berada dalam kalangan orang-orang Melayu yang suka judge kita,” katanya.

Menerusi perkongsian di TikTok milik kelab peminatnya, penyanyi itu memaklumkan, untuk bertutur dalam bahasa Inggeris dengan lancar, ia memerlukan keberanian dan latihan yang berterusan.

Malah, faktor persekitaran juga menjadi antara penyebab utama kenapa seseorang itu kurang berkeyakinan untuk bertutur dalam bahasa tersebut.

“Sememangnya saya akui untuk bercakap dalam bahasa Inggeris dengan lancar, kita memerlukan keberanian dan selalu berlatih untuk bertutur dalam bahasa Inggeris.

“Mungkin saya ni dibesarkan dalam keluarga yang memang tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa percakapan dan saya pun membesar pun lebih kepada penggunaan bahasa Melayu dan sebab itu saya lebih senang berbahasa Melayu.

“Jadi, itu mungkin antara cabaran yang perlu saya hadapi. Tapi saya tidak melihat itu sebagai sesuatu yang mematahkan semangat untuk kita menjadi orang yang tidak berjaya,” jelasnya.

Sementara itu, Siti turut menitipkan pesan agar tidak memandang rendah dan terlalu membangga diri sekaligus memperkecilkan orang yang tidak fasih menguasai bahasa tersebut.

“Janganlah terlalu berbangga kalau dapat berbahasa Inggeris dan memperkecilkan orang lain yang tidak mahir bertutur dalam bahasa tersebut.

“Tidak salah kalau kita tersilap. Kalau ada yang menegur, kita belajar. Kalau ada yang menegur, saya akan ucapkan terima kasih sebab dapat belajar sesuatu benda baharu.

“Jangan kecam orang sesuka hati sebab belum tentu orang yang mengecam itu sempurna dan bijak pandai,”ujarnya.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 300,000 tontonan sejak ia dimuat naik.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 10 Jul 2020
Hiburan Mon, 6 Nov 2023

Publisiti Murahan… Itu Bukan Cara Saya – Siti Saleha

Artis mana yang suka buat publisiti murahan???

Hiburan Wed, 29 Apr 2026

“Saya Tak Pernah Rasa Diri Cantik” – Sarimah Ibrahim Akui Sentiasa Ada Kekurangan

Sarimah juga tidak kisah melakukan adegan aksi sendiri demi memastikan setiap babak dilakonkan tampak lebih realistik

Hiburan Fri, 17 Apr 2026

Umairah Ganti Amira Othman Nyanyi ‘Rasa & Takdir’ Di AJL40 Separuh Akhir Malam Pertama

Umairah menggantikan Amira Othman menyampaikan lagu Rasa & Takdir di AJL40 Separuh Akhir.

Hiburan Tue, 3 Dec 2024

Pukau Penonton, Tonjol Kehebatan Vokal… Malam Konsert “A Night With Sumandak Stars” Sold Out!

Konsert ‘A Night With Sumandak Stars’ telah mencatat sejarah baharu apabila menghimpunkan sembilan penyanyi wanita kelahiran Sabah iaitu Marsha Milan, Azharina, Adira Suhaimi, Nikki Palikat, Bella Astillah, Salma, Ayu Damit, Didi Astillah dan Wani Kayrie serta […]

Hiburan Thu, 10 Nov 2022

“Aku Bukan Tak Nak Support Industri Muzik Malaysia, Tapi…” – Netizen Kritik Lagu Baru Ratu Farah

Bagi pengguna tegar aplikasi TikTok, pasti ramai mengenali Ratu Farah Diva yang sering memuat naik video ‘pick up lines’ dan tarian sehingga mencuit hati penonton. Terbaharu, pempengaruh TikTok itu sekali lagi mengundang perhatian ramai apabila […]

Acara Wed, 7 Aug 2019
Hiburan Mon, 15 Jan 2024

Gara-Gara Tersilap ‘Landing’ Ketika Main Bola Sepak, Haziq Hussni Patah Pergelangan Tangan

Haa..itulah, silap landing lagi! Jangan hyper sangat yer lepas ni…Min doakan Haziq cepat sembuh🤲🏻

error: Content is protected !!