Euforia Bola 2026
Acara By: Shaidah Shafie August 7, 2019 @ 7:26pm

Gandingan ayam panggang dan telur kuning masin menjadi!

Telur masin bukan sesuatu yang asing dalam dunia kulinari di Malaysia kerana ia bukan sahaja berfungsi sebagai lauk dalam kalangan penggemarnya, namun kini ada pelbagai menu berasaskan bahan ini seperti ketam masak telur masin dan bun kastad telur masin yang ditawarkan di sesetengah restoran terkemuka di ibu kota.

Terkini, ia dihadirkan dalam bentuk sos yang dimakan dengan ayam panggang dan  menu ini ditawarkan oleh Kenny Rogers Roaster (KRR) menerusi pelancaran menu terbarunya, Egg-citing Giler.

Kennie Thong (kiri) bersama Pegawai Pemasaran KRR, Adyana Radzuan pada pelancaran ‘Egg-citing Giler’ menu terbaru di restoran Kenny Rogers Roasters. Foto: NSTP/Khairul Azhar Ahmad.

Pengurus Pemasaran Roasters (M) Sdn Bhd, Kennie Thong, berkata telur masin dipilih sebagai bahan utama dalam menu yang diperkenalkan memandangkan ia antara makanan dikenali ramai di negara ini.

“Semua tahu bila kita menyebut mengenai telur masin dan kebanyakan orang menggemari telur masin ini untuk dijadikan lauk dalam hidangan mereka sekeluarga.

“Jadi KRR memilihnya sebagai bahan penting dalam hidangan yang kami perkenalkan kali ini, iaitu Eggstra-Sedap Salted Egg Chicken yang menyertakan sos daripada telur kuning masin untuk dimakan bersama ayam panggang,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran menu berkenaan, di Kuala Lumpur, bau-baru ini.

Sehingga kini KRR mempunyai lebih 83 cawangan di seluruh Malaysia dan di luar negara seperti China, Indonesia, Filipina, Singapura, Bangladesh, Thailand, Emiriah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat.

Menu terbaru ‘Egg-citing Giler’ di restoran Kenny Rogers Roasters. Foto: NSTP/Khairul Azhar Ahmad.

Terdapat lima menu membabitkan ‘salteg egg’ ditawarkan KRR sepanjang promosi berlangsung iaitu hidangan Eggstra-Sedap Salted Egg Chicken, Eggstra-Sedap Salted Egg Chicken & Soup, Eggstra-Sedap Salted Egg Quarter Chicken A la carte, Eggstra-Sedap Salted Egg Whole Chicken A la carte dan Eggstra-Sedap Salted Egg Family Feast.

Kennie berkata, menu ini ditawarkan dalam tempoh tertentu bermula 5 Ogos lalu dan berakhir sehingga 20 Oktober ini.

“Kami juga menyediakan sesuatu yang istimewa untuk pemegang kad kehlian KRR, jika mereka berbelanja sebanyak RM80 dalam satu resit, mereka layak menerima beg kanvas eksklusif sempena ulang tahun ke 25 KRR.

“Pelanggan boleh menikmati set ayam panggang dengan sos telur masin ini pada harga RM25.90 hingga RM90 bergantung kepada set hidangan yang dipilih.

“Selain hidangan ayam, mereka boleh menikmati minuman Tripple Passion, adunan jambu batu, markisa dan mangga yang ditawarkan pada harga RM10.50 untuk ala carte atau RM8.50 sekiranya dibeli bersama set,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 29 Oct 2021

Facebook Kini Dikenali Sebagai Meta

Wow, makin lama makin canggih!

Featured Sun, 23 Sep 2018
Featured Tue, 27 May 2025

Terima Sambutan Luar Biasa! Konsert Inteam Ditukar Ke Lokasi Lebih Besar, Tampil Persembahan Istimewa Untuk Peminat

Inteam terharu jualan tiket habis terjual. Tukar lokasi lebih besar untuk peminat.

Featured Fri, 7 Nov 2025
Featured Thu, 30 Mar 2023
Acara Wed, 24 Dec 2025

“Solidariti Mesra Setiawangsa Untuk Palestin & Sudan Adalah Ruang Untuk Kita Bersatu Sebagai…” – Afdlin Shauki

Solidariti Mesra Setiawangsa untuk Palestin & Sudan dianjurkan selama lima hari, bermula 25 hingga 29 Disember 2025 bertempat di Taman Tasik Titiwangsa.

Featured Tue, 10 Jan 2023

Netizen Tanya Bila Nak Kahwin 2… Respons Isteri Aliff Syukri Buat Ramai Setuju – “Pindahkan Semua Aset Dulu…”

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri sering berkongsi momen dan gelagat lucu bersama dengan keluarganya sehingga berjaya mencuri perhatian ramai. Susulan isu panas berkahwin dua sedang hangat diperkatakan, Aliff turut terkena tempias yang disoal […]

Featured Tue, 2 May 2023
Featured Fri, 23 Sep 2022
Featured Thu, 18 Jan 2024
error: Content is protected !!