Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 27, 2025 @ 3:37pm

Terima Sambutan Luar Biasa! Konsert Inteam Ditukar Ke Lokasi Lebih Besar, Tampil Persembahan Istimewa Untuk Peminat

Selepas mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan peminat, Kumpulan nasyid popular, Inteam tampil mengumumkan berita gembira.

Kata Mohd Syahril Abdul Khalid selaku wakil Kumpulan Inteam, Konsert Kasih Kekasih 25 Tahun yang sepatutnya berlangsung pada 27 September 2025 akan dianjakkan kepada tarikh baharu iaitu pada 28 September depan dengan lokasi baru iaitu di IdeaLive, Petaling Jaya.

Pemilihan lokasi acara itu dipindah ke tempat yang lebih besar dan moden yang boleh menampung sehingga 5,000 orang penonton berikutan sambutan luar biasa daripada peminat.

Bersyukur  dan terharu apabila tiket konsert di venue asal sebelum ini habis terjual dalam tempoh hanya dua jam selepas dilancarkan, Inteam membuktikan sokongan peminat terhadap Inteam dan kumpulan nasyid kekal utuh selepas lebih dua dekad dalam industri seni tanah air.

“Kami tidak menyangka sambutan sebegitu hebat. Peminat turut mencadangkan agar kami menambah malam kedua atau memilih lokasi yang lebih besar.

“Maka kami mengambil keputusan untuk berpindah ke IdeaLive, Petaling Jaya,” katanya.

Perkara itu diumumkan Kumpulan Inteam pada acara sidang media yang di adakan di Petaling Jaya pada Selasa.

Mengulas lanjut, pembeli tiket terdahulu tidak perlu berasa bimbang kerana mereka akan diberikan tempat duduk istimewa dan barisan paling hadapan di zon masing-masing dan akan dihubungi oleh pihak urusetia bagi pengesahan tempat duduk dan pemakluman pertukaran tarikh.

Tambahnya lagi, hadiah istimewa daripada Aplikasi Khair akan diberikan sebagai penghargaan kepada pembeli terawal.

Untuk makluman, tiket baharu akan mula dijual pada 14 Jun 2025 (Sabtu) menerusi platform Ticket Empire, yang boleh diakses melalui laman rasmi konsert: www.kasihkekasih.com.

Konsert ini akan menyajikan lebih 25 buah lagu dan medley nostalgia, termasuk penampilan istimewa anak kepada Allahyarham Suhaimi Saad, serta beberapa artis jemputan yang masih dirahsiakan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 3 Apr 2019
Hiburan Wed, 6 Sep 2023
Featured Fri, 2 Dec 2022

Tepis Dakwaan Hamil, Individu Tampil Beri Penjelasan Mengapa Neelofa Berkerusi Roda

Oh rupa-rupanya ini sebabnya. Wahh, ramai yang prihatin dan sayangkan Neelofa ❤️❤️

Trending Mon, 16 Dec 2019

这吃药习惯很多人都有!其实很伤身

用药是经常的事情,你可知道,吃药方式不对,就算药没问题,人也会出问题!

Hiburan Mon, 4 Feb 2019

Tepati Ramalan Ramai, HARAM Dinobatkan Sebagai Juara Lagu 2018

Tahniah kepada semua pemenang. Jumpa lagi di AJL musim depan!

Hiburan Thu, 3 May 2018

Nak Tengok Gelagat Sajat Rekod Album Makhluk Penggoda?

Produksi bagi penerbitan lagu juga mengakui bahawa Sajat melakukan yang terbaik semasa sesi rakaman beliau pada kali ini. Kalau nak tahu, baik tak baik Sajat membawakan lagu Makhluk Penggoda ni, kenalah tengok Nur Sajat Rated Xtra!

Featured Wed, 28 Dec 2022
error: Content is protected !!