Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 8, 2025 @ 2:28pm

Ella Kembali Gegar Stadium Nasional, ‘Majlis Tertinggi Rockqueen’ Bakal Jadi Konsert Rakyat Penuh Makna!

Ratu Rock negara, Ella, bakal mengulangi detik bersejarah dalam kerjaya seninya apabila mengumumkan penganjuran konsert berskala mega terbaharu, ‘Majlis Tertinggi Rockqueen’, yang dijadual berlangsung pada 14 Februari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Konsert anjuran Hitman Solutions dan Rockqueen itu diangkat sebagai sebuah projek signifikan yang bukan sahaja meraikan lebih 40 tahun perjalanan seni Ella, malah membawa mesej kemanusiaan menerusi tema ‘Peace, Love & Rindu’.

Ella berkata, pemilihan nama konsert dan konsep yang dibawa bukan sekadar melambangkan gelarannya sebagai ratu rock, tetapi sebagai usaha meninggalkan legasi berbentuk nilai dan kesedaran.

“Menjelang usia 60 tahun pada 2026, saya mahu memberi impak yang lebih besar kepada masyarakat. Majlis Tertinggi Rockqueen adalah gerakan yang membawa aspirasi ‘Peace, Love & Rindu’,” katanya.

Tiga teras utama itu menggambarkan tiga aspek utama iaitu, Peace, solidariti terhadap perjuangan rakyat Gaza, Love, kesedaran mengenai isu buli di institusi pendidikan dan Rindu sebuah penghargaan buat para penggiat seni tanah air.

Berbeza dengan kebanyakan konsert mega, penganjur memilih pendekatan mesra rakyat dengan menawarkan harga tiket mampu milik agar semua lapisan peminat dapat hadir.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by E L L A (@ellaaminuddins)

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Group, Rohit Rampal, berkata setiap pembeli tiket akan membuat undian mengikut tema yang dipilih.

“Setiap undian sama ada Peace, Love atau Rindu akan menyumbang RM2 kepada pertubuhan yang berkaitan. Ia cara kami memberikan semula kepada masyarakat,” jelasnya.

Rohit menegaskan walaupun harga tiket lebih rendah, produksi konsert tetap mengekalkan standard tinggi termasuk aspek audio, visual dan pengalaman keseluruhan.

Ella mengakui kembali ke Stadium Nasional membawa cabaran tersendiri, namun ia disambut sebagai motivasi untuk memberikan persembahan terbaik.

Menurutnya, semangat serta sokongan peminat yang konsisten menjadi kekuatan utama yang mengekalkan momentum kariernya selama hampir empat dekad.

Ella berharap penganjuran konsert ini mampu membawa manfaat yang lebih luas kepada masyarakat dan industri hiburan tanah air.

“Harapan saya agar sumbangan yang disalurkan dapat membantu pertubuhan terlibat. Semoga generasi muda terus cemerlang dan para seniman terus dibela,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 28 Oct 2025

Isu Cerai Kamal Adli ‘Nervous’ Hadir Ke Mahkamah – “Saya Tak Gembira Pun Sampai Di Sini”

Pelakon Kamal Adli mengakui berasa gementar hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Selasa bagi prosiding kes perceraiannya bersama isteri, Uqasha Senrose, Kata Kamal, fokusnya hanyalah mahu menyelamatkan rumah tangganya sekali gus mengakui […]

Hiburan Sat, 5 May 2018

Takziah…Ibu Akim Meninggal Dunia

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah. Amin ya rabbal alamin…

Hiburan Tue, 25 Jun 2024
Trending Fri, 28 Sep 2018

WOW… Kasut Termahal Di Dunia Dijual Di Dubai?

Syarikat yang berpangkalan di Dubai ini percaya dengan kepadatan penduduk terdiri dari golongan hartawan di bandar ini percaya kasut ini berpotensi mendapatkan pembeli.

Hiburan Mon, 23 Sep 2024
Featured Fri, 8 May 2020
Trending Thu, 27 Jan 2022

Pian Cecupak Meninggal Dunia

Pelawak Pian Cecupak atau nama sebenarnya, Mohd Rafik Abdul Raman, 52, meninggal dunia selepas ditemui terjatuh dalam bilik air di rumah ibunya di Flat Sentul Murni malam tadi. Menurut adiknya yang dikenali sebagai Hassenah, arwah […]

error: Content is protected !!