Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 4, 2026 @ 2:03pm

Jalil Hamid Meninggal Dunia

Pelakon veteran Jalil Hamid disahkan meninggal dunia sebentar tadi.

Berita sedih itu dikongsikan anaknya, Afiqah Jalil ketika dihubungi XTRA.

Menurut Afiqah, arwah bapanya berada di rumah ketika menghembuskan nafas terakhir.

“Selepas solat Subuh, ayah tertidur. Kemudian sekitar jam 12.30 tengah hari tadi, ibu pergi periksa ayah dan didapati ayah sudah tiada,” katanya.

Afiqah turut memaklumkan jenazah dijangka dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan USJ 21.

“Kami sekeluarga mohon semua mendoakan urusan ayah dipermudahkan dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya lagi.

Difahamkan, arwah sebelum ini mempunyai sejarah masalah jantung.

Afiqah turut menyampaikan khabar duka itu menerusi ruangan Instagram Stories miliknya.

Pemergian Jalil nyata memberi kesan besar kepada industri seni tempatan memandangkan arwah merupakan antara pelakon senior yang banyak menyumbang kepada dunia lakonan tanah air sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 1 Aug 2018

泰星小鲜肉Lee和女神Mook 10日来马宣传

泰剧《我亲爱的失败者之怪物浪漫》男女主角小鲜肉Lee及女神Mook,将于8月10日来马展开2天1夜的浪漫宣传之旅。

Hiburan Thu, 6 Nov 2025
Featured Fri, 22 May 2026

“Kelakar Bila Orang Kuat M*nyalak Online, Kena Balik Terus Terasa”- Ammar Alfian

Ammar Alfian dilihat menegur sikap segelintir pihak yang lantang bersuara di media sosial namun tidak mampu menerima kritikan apabila melibatkan diri mereka.

Hiburan Fri, 1 Nov 2024

“Tak Boleh Menjanda Lama-Lama” – Mahu Kahwin Kali Kedua, Ina Naim Perlu Figura Suami Bantu Uruskan Anak-Anak

Nak uruskan anak-anak yang meningkat remaja memang susah, semoga berbahagia Ina dan pasangan ❤️💍

Trending Wed, 13 Jun 2018

Kedutaan Malaysia Di Korea Utara Dibuka Semula

Kita patut jaga air muka Korea Utara dan pastikan mereka mengambil bahagian dalam rundingan antarabangsa untuk mengamalkan pendirian besederhana, seperti dasar diamalkan sebelum ini.

error: Content is protected !!