Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 19, 2024 @ 5:05pm

Uqasha Senrose Nafi Jadi Artis Wanita Popular Pukul Pembantu Peribadi – “Kalau Betul Saya Dah Dekat Dalam”

Pelakon Uqasha Senrose menolak dakwaan kononnya dia adalah artis wanita popular yang didakwa memukul pembantu peribadinya.

Menerusi sesi live di TikTok, aktres wanita itu terkejut apabila diajukan soalan oleh peminatnya mengenai hal tersebut.

Malah, dia menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas memandangkan dia kini sedang sibuk menguruskan anak dan keluarganya.

“Saya pukul PA? (pembantu peribadi). Ingat saya ni kaki pukul ke?

“Kalau saya pukul PA saya, saya dah dekat dalam dah. Mashaa-Allah, apa lah tiba-tiba je,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Berang Konflik Perkahwinan Didedahkan Kepada Ibu… Aktres Popular Didakwa Pukul Pembantu Peribadi, Kena Acu Senjata Tajam?

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Curi Barangan Kemas & Wang RM10,000… Pembantu Peribadi Pelakon Wanita Popular Ditahan Polis

Mengulas lanjut, pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu memaklumkan, di usianya sekarang ini, dia tidak suka untuk mengambil kisah tentang hal orang lain apatah lagi menyebarkan aib di media sosial.

“Bila ada macam ni, saya rasa macam dah didslam dunia ibu-ibu. Jadi saya rasa tidak ada masa nak ambil tahu pasal hal orang lain. Sebar aib mana-mana, tidak.

“That’s why saya keep my circle small. Saya dengan family saya sahaja,” jelasnya.

 

Sebelum ini, media melaporkan mengenai kisah pembantu peribadi kepada seorang pelakon wanita popular yang ditahan polis atas dakwaan kesalahan mencuri barangan kemas milik majikannya.

Difahamkan, wanita sama turut membuat laporan polis mendakwa dicederakan dan diugut pelakon wanita terbabit gara-gara mencampuri urusan rumah tangga majikannya yang dikatakan kini bermasalah.

Susulan itu, rata-rata netizen mengaitkan nama Uqasha memandangkan sebelum ini aktres itu ada memuat naik foto sedang berada di balai polis sekitar jam 2 pagi.

 

 

Sumber : Youtube Selebriti Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 6 Mar 2020

Mahu kening bayi cantik bila besar, ikuti panduan ini

Mudah sahaja, lagipun guna bahan semula jadi

Hiburan Tue, 22 Oct 2019
Hiburan Tue, 22 Jan 2019

Siapa Agaknya Si Fatimah Gila Ni?

Yang penting, Clap! Applause! Clap! Applause

Featured Tue, 11 Mar 2025

“Setiap Hari Kami Baca 50 Muka Surat” – Nora Danish Khatam Al-Quran Dalam Masa 10 Hari

“Saya bersyukur kerana Allah membuka pintu hati saya sebelum saya meninggalkan dunia ini”- Nora

Selebriti Sun, 8 May 2022

“Keturunan Apa Ni?…” Kecantikan Anak Que Haidar Jadi Bualan Warganet

Netizen terpegun dengan kecantikan anak perempuan Que Haidar

Featured Fri, 9 Sep 2022
error: Content is protected !!