Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 16, 2024 @ 2:14pm

Didakwa Curi Barangan Kemas & Wang RM10,000… Pembantu Peribadi Pelakon Wanita Popular Ditahan Polis

Pembantu peribadi kepada seorang pelakon wanita popular dilaporkan telah ditahan polis selepas didakwa mencuri barangan kemas pelakon itu, pada Rabu.

Menurut sumber Harian Metro, pembantu peribadi yang juga wanita berusia 28 tahun itu telah ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Selangor.

Difahamkan, ia susulan kes kecurian barangan kemas serta wang milik pelakon tersebut.

“Kecurian berlaku pada Jun lalu selepas pelakon wanita itu menyedari rantai emas miliknya dan anaknya hilang,” katanya.

Tambahnya, duit milik aktres itu berjumlah  RM10,000 juga turut dilaporkan hilang.

Bagaimanapun, hasil siasatan yang dijalankan, pihak polis telah menemui semula barangan kemas milik aktres tersebut di kediaman wanita berkenaan yang terletak di Gombak, Kuala Lumpur.

Sebelum ini pembantu peribadi itu dilaporkan  ada membuat laporan polis di IPD Gombak apabila mendakwa dipukul pelakon wanita terbabit.

Ia susulan tindakan pembantu peribadi itu yang didakwa mereka cerita bahawa rumah tangga pelakon tersebut sedang bermasalah.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pelakon wanita popular didakwa memukul pembantu peribadinya termasuklah mengacukan objek tajam ke arah wanita terbabit sehingga cedera.

ARTIKEL BERKAITAN:Berang Konflik Perkahwinan Didedahkan Kepada Ibu… Aktres Popular Didakwa Pukul Pembantu Peribadi, Kena Acu Senjata Tajam?

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 12 Mar 2024
Hiburan Tue, 3 Aug 2021

Diaib Bekas Kekasih, Video Separuh B*g*l Tular – Shuk Sahar Bakal Fail Saman Fitnah

Pelawak, pengacara dan bekas penyampai radio, Shuk Sahar dan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera dalam proses untuk memfailkan saman fitnah terhadap bekas kekasih Shuk yang dikenali sebagai Fara Salleh. Memetik laporan Harian Metro, Shuk […]

Hiburan Thu, 25 Oct 2018

Rapper Terkenal Afrika Jabulani Tsambo Meninggal Dunia

Rapper terkenal berusia 38 tahun ini pernah berdepan dengan masalah depresi beberapa tahun lalu. RIP HHP!

Trending Sun, 14 Nov 2021

“Kalau Dia Bersin, Terbina 1 Kanopi…”- Busana Serba Hitam Dikecam, Aina Abdul Akui Kurang Baca Komen Netizen

Penyanyi Aina Abdul dihujani kritikan dan usikan netizen gara-gara busana yang digayakan di acara karpet merah Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34). Menyarungkan persalinan serba hitam rekaan Behati, Aina mendedahkan dia ingin meninggalkan impak […]

Featured Tue, 20 May 2025
Featured Thu, 24 May 2018

Gara-Gara Sindir Tun M, Pelakon Johan As’ari Kena Sound Dengan Senior Umie Aida?

Pelakon berbakat Johan As’ari kena sound dengan Datin Seri Umie Aida (Umie) gara-gara sindir Tun Mahathir?

Hiburan Wed, 26 Jun 2019

Elak Kontroversi, Along Ezyendy Selesa Jadi Tenaga Pengajar

Setakat ini, syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Saya mengajar tiga kali seminggu.

error: Content is protected !!