Euforia Bola 2026
Kes Mahkamah By: Aqilah Paharuzi April 23, 2025 @ 10:48am

DNA Sahkan Kesan Darah Di Bilik Adalah Milik Zayn Rayyan – Saksi Pendakwaan

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Isnin dimaklumkan bahawa kesan darah yang ditemui di salah sebuah bilik di rumah Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin disahkan milik kanak-kanak autistik itu sendiri.

Perkara tersebut didedahkan oleh saksi pendakwaan ke-28, Asisten Superintendan Mohd Hafizee Ismail, 38, ketika memberi keterangan selepas ditanya oleh Hakim Dr Syahliza Warnoh mengenai pemilik darah yang ditemui di dalam bilik berkenaan.

“Darah dalam bilik air milik B1 (Zaim Ikhwan), manakala darah dalam bilik itu milik si mati (Zayn Rayyan),” katanya ringkas memetik laporan Harian Metro.

Mohd Hafizee, yang ketika itu bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, menjelaskan dapatan itu berdasarkan laporan Jabatan Kimia Malaysia.

Laporan tersebut mengesahkan spesimen tulang sternum milik Zayn Rayyan sepadan dengan asid deoksiribonukleik (DNA) darah yang ditemui.

“Keputusan analisis kimia itu dikeluarkan oleh ahli kimia, Nor Aidora Saedon, yang mengesahkan padanan DNA darah si mati dengan spesimen sternum berlabel Zayn Rayyan,” ujar Mohd Hafizee, yang kini bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Klang Selatan sebagai Pegawai Risikan dan Operasi.

Beliau memberikan keterangan itu pada hari ke-18 perbicaraan kes pengabaian melibatkan ibu bapa Zayn Rayyan, iaitu Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari, di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Sebelum ini, Pakar Perubatan Perunding Forensik, Dr Royahu Shahar Adnan memaklumkan punca kematian kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin disahkan meninggal dunia akibat dijerut kuat di leher.

Saksi pendakwaan ke-37 iaitu Dr Royahu, 54, memberi keterangan hasil bedah siasat yang dilakukan terhadap mayat kanak-kanak itu diperoleh pada 7 Disember lalu itu di hari ke-15 prosiding perbicaraan pertuduhan pengabaian dihadapi oleh ibu bapa mangsa, iaitu Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan Ismanira Abdul Manaf, 30.

Artikel Berkaitan: Daun Pulai Ditemui Dalam Perut & Tiada DNA Asing Dalam D*bur Zayn Rayyan

Artikel Berkaitan: Kelenjar Tiriod Lebam, Zayn Rayyan M*ti Dijerut.. Dub*r Koyak Dimasukkan Objek Tumpul – Pakar Forensik

Sumbe/Kredit foto: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 11 Sep 2021

ABPBH 34 Kembali, Angkat Tema #KitaBersama

Anugerah pilihan peminat terunggul di Malaysia, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) bagi edisi ke-34 diteruskan tahun ini dengan menerap budaya norma baharu dan patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), membawa tema […]

Trending Tue, 27 Aug 2019

Dibius Dan Didera Secara Seksual Oleh Doktor Bedah

250 Kanak-Kanak Didakwa Dibius Dan Didera Secara Seksual Oleh Seorang Doktor Pakar Lebih 3 Dekad

Featured Wed, 8 Jan 2025
Featured Fri, 16 Dec 2022

Video Wanita Galak Berjoget Demi Air Percuma, Ini Reaksi Aliff Teega

Personaliti media sosial, Alif Teega memberi teguran kepada individu yang tular di media sosial akibat berjoget demi mendapatkan minuman percuma di Pesta Pulau Pinang. @alifteegamana pergi malu😭 ♬ Calm Humming – Nasheed Menerusi video yang […]

Hiburan Thu, 27 Mar 2025
Featured Wed, 14 Jan 2026

“Cukuplah Hukum Orang, Kerja Allah Jangan Kita Ambil” – Nora Danish 

Bagaimanapun, rata-rata pengikut aktres itu tampil berani menitipkan pesanan meminta agar Nora menegur rakan-rakan ‘Usrah’ nya terlebih dahulu untuk tidak menjadikan isu kontroversi sebagai ‘sindiran berlapik’.

error: Content is protected !!