Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 10, 2022 @ 4:59pm

Sarat Hamil, Elfira Loy Buat Aksi Lompat Jauh Sambil Berkasut Tumit Tinggi Buat Ramai Risau!

Setiap wanita dalam dunia ini mempunyai kekuatan badan dan pengalaman mengandung yang berbeza-beza.

Begitu juga dengan pelakon terkenal, Elfira Loy yang ‘mengidam’ untuk melompat.

Fuh, luar biasa Elfira ni, lain daripada yang lain!

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Elfira di akaun Instagram miliknya, pelakon itu telah mengejutkan orang ramai apabila dia bertindak untuk melompat dari satu sudut ke satu sudut yang lain dengan memakai kasut bertumit tinggi.

Menurut Elfira yang kini sedang sarat mengandung anak kedua hasil perkahinwan dengan suami, Faris Khairul Anuar, dia sangat berterima kasih dan bersyukur dikelilingi pengikut dan rakan selebriti yang risau akan keadaannya.

Bagaimanapun, pelakon jelita yang juga merupakan bekas atlet lompat jauh ini menjelaskan bahawa dia terlebih dahulu telah berfikir sejenak sebelum membuat perkara tersebut.

“Masa I nak lompat ni, I memang fikir semalaman nak buat ke tak pastu I tengok macam dekat je.

“So untuk bekas athelete lompat jauh ni, I rasa ini seperti kacang.

“Tapi bila sampai dekat memang kecut perut.

“Tapi rasa naaaak sangat. Rasa naaak yang macam orang mengidam makan sabun tu. I rasa mengidam nak lompat ni sebab i plan laaama dah nak lompat. (tapi I memang tak suggestkan untuk lompat bagi siapa yang tak berani).

“Kalau nak fikir ‘kalau jadi apa-apa macam mana’, banyak lagi kalau dekat semua benda yang boleh terjadi. So I percaya Allah lindungi I. I baca doa dah sebelum lompat tu (terima kasih risau pasal I),” katanya.

Meninjau di ruangan komen, ramai dalam kalangan selebriti yang juga merangkap kawan baik Elfira seakan telah mengenali perangai aktres ini yang boleh dikatakan ‘ganas’.

Antara rakan selebriti yang turut terkejut dengan aksi berani Elfira itu ialah Mira Filzah, Betty Rahmad, Syafiqah Aina dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 24 Oct 2025
Trending Tue, 2 Apr 2024

Nak Langsaikan Semua Hutang Sempena Ramadan? Ini Cara Mudah Untuk Korang Ikut!

Bulan Ramadan adalah bulan buat kita memperbaiki diri, untuk jadi muslim yang lebih baik. Inilah bulan di mana kita akan berlumba-lumba berbuat kebaikan dan tingkatkan amal dan ibadah. Tapi, dalam korang cuba menambah baik solat […]

Featured Sun, 2 Oct 2022
Events Tue, 14 Jan 2020

Ronan Keating To Set The Most Beautiful And Romantic Concert In Malaysia This Valentine’s Day

The lead singer of the 90’s sensational boy group, Boyzone is returning to Malaysia this February.

Featured Mon, 27 Mar 2023
Hiburan Thu, 3 May 2018

Gambar Bogel Adam Lee Dalam Aplikasi Homoseksual?

Gambar separuh bogel tersebut walaubagimana pun tidak pernah dilihat sendiri olehnya. Walaupun, ada diantara rakan-rakannya pernah bertanya mengenai hal tersebut

Hiburan Wed, 13 Jun 2018

萧敬腾8秒「超快der」体力受得了吗?

萧敬腾新专辑「欲望反光」将于22日发行,同名歌曲由吴青峰一手包办词曲,MV则邀国际级摄影大师林炳存执导,采一镜到底拍摄。

error: Content is protected !!