Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 3, 2022 @ 4:49pm

“Nak Pakai Tudung, Pakailah Elok-Elok…” – Fesyen Tudung Masya Masyitah Dikritik Lagi!

Selepas cara pemakaiannya menerima kecaman kerana tidak menggambarkan penampilan muslimah sejati, penyanyi Masya Masyitah sekali di tempelak gara-gara fesyen tudungnya yang menyerupai rambut tocang (Ponytail).

Menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya, Masya atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff, 22, berkongsi fotonya itu ketika berada di Dubai.

“Saya tidak menyesali masa lalu saya, saya hanya menyesal masa yang telah saya sia-siakan dengan orang yang salah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

Bagaimanapun, gaya dan penampilannya itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen sehingga ada yang menyifatkan gaya tersebut sebagai langkah permulaan untuk seseorang itu terus membuka tudung.

Dalam pada itu, terdapat segelintir netizen yang tampil memberikan teguran mengenai hukum memakai hijab menyerupai rambut kepada pelantun lagu Sempurna Seadanya ini.

Terdahulu, ibu kepada Masya tampil memberikan komen balas terhadap netizen yang mendakwa pakaian anaknya itu persis baju dalam.

“Amboi nak mengata juga lagi. Takpa, Alhamdulillah. Apa yang kata tu, Insya-Allah berbalik kepada kalian,” katanya.

Namun, Masya lebih bersikap positif terhadap kritikan yang diberikan, termasuklah dalam segala hal yang berlaku dalam hidupnya.

“Biar jelah orang nak viral, orang yang viral tu pun nanti dapatlah balasan dia.

“Buat apa kita nak stress fikir negatif, biar kita fikir benda yang positif,” jelas Masya.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Pakaian Persis Baju Dalam, Ibu Masya Masyitah Tampil Bidas Netizen – “Amboi Nak Mengata Juga”

ARTIKEL BERKAITAN:“Dah Sendu Sangat Ke?” – Umpama Pakai Bra Diluar, Netizen Kecam Fesyen Masya Masyitah

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Kecam Penampilan Masya Masyitah Tunjuk Leher

ARTIKEL BERKAITAN:“Pegang-Pegang Ni, Adik Beradik Ke Suami Isteri? ” – Selepas Dilabel ‘Culture Shock’, Masya Masyitah Dikecam Sentuh Wajah Lelaki

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 14 Nov 2019
Featured Tue, 9 Sep 2025
Events Mon, 12 Feb 2018

HERE’S A LIST OF THE AJL32 WINNERS!

The 32nd Anugerah Juara Lagu ended with an overwhelming response from fans and viewers. Did you catch who the winners are? Here’s a list of all of them.

Featured Thu, 9 Mar 2023
Kisah Viral Thu, 7 Dec 2023
Featured Sat, 26 Oct 2024

Titip Ucapan Hari Lahir, Cik B Sifatkan DSV Ibu Tunggal Terpaling Hebat

Selamat ulang tahun DsV! Sebak pula ucapan cik b ni ek🥹🥹🥹

error: Content is protected !!