Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi September 29, 2022 @ 5:45pm

Isu Pakaian Persis Baju Dalam, Ibu Masya Masyitah Tampil Bidas Netizen – “Amboi Nak Mengata Juga”

Penyanyi, Masya Masyitah tampil membuka mulut mengenai isu dia berpakaian kurang sopan ketika bercuti di Dubai baru-baru ini.

Menerusi sesi siaran langsung di laman media sosial, pelantun lagu Simpanan itu enggan mengambil peduli mengenai isu berkenaan dan hanya membiarkan sahaja imej pakaian yang dipakai itu tular.

Masya juga memberitahu yang dia sentiasa positif dalam segala hal yang berlaku dalam hidupnya.

“Biarlah jelah orang nak viral, orang yang viral tu pun nanti dapatlah balasan dia.

“Buat apa kita nak stress fikir negatif, biar kita fikir benda yang positif,” ujar Masya.

Selama sesi siaran langsung itu ada juga yang menyifatkan ibu Masya bangga dengan anaknya yang tular dengan perkara kurang baik.

Membalas kenyataan tersebut, ibu Masya yang juga turut kelihatan dalam sesi siaran langsung itu berkata dia berharap kata-kata yang dilemparkan itu berbalik kepada mereka.

“Amboi nak mengata juga lagi. Takpa, Alhamdulillah. Apa yang kata tu, Insya-Allah berbalik kepada kalian,” balasnya.

Masya menerima kecaman ramai apabila memperagakan fesyen keterlaluan apabila baju jumpsuit dipakainya ketika bercuti di Dubai kelihatan seperti coli yang dipakai di bahagian luar.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut sudah pun dipadamkan penyanyi kelahiran Kedah itu dalam Instagramnya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA di laman Instagram, Masya ada memuat naik hantaran terbaru yang memaparkan dirinya memakai baju tidur berserta jaket dan bertudung litup menutup keseluruhan tubuh badannya dengan sempurna.

“Latih fikiran anda untuk melihat kebaikan dalam setiap situasi. Selamat pagi,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan kata-kata positif buat penyanyi tersebut dan berharap Masya akan lebih berhati-hati dalam pemilihan fesyen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah Sendu Sangat Ke?” – Umpama Pakai Bra Diluar, Netizen Kecam Fesyen Masya Masyitah

Sumber: Instagram @masyitah_masya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 30 May 2025

[VIDEO] Lelaki Jual Roti Arab Curi Tumpuan, Wajah Seiras PU Riz

Lelaki jual roti Arab kembar PU Riz, suara pun sama

Hiburan Wed, 8 May 2019

防晒霜成分会吸收进入血液?安全吗?FDA做了试验

防晒霜成分真的会被吸收进入血液吗?美国食品药品监督管理局(FDA)做了试验,研究结果发现……

Trending Tue, 3 Apr 2018

Ibu Terkejut Bateri Kalkulator Tersekat Pada Usus Anak

Hasil pemeriksaan di klinik pertama dan kedua doktor menolak kemungkinan anak tertelan bateri kerana tidak menunjukkan tanda-tanda seperti muka berubah kebiruan. Uish…Bahaya tu!

Hiburan Tue, 2 Jul 2024

Tak Terlibat Platform JomDonate, Nafi Seleweng Duit Dana… Aset Aisyah Hijanah Hasil Titik Peluh Sendiri

Harap semuanya sudah jelas ya, tak ada lagi dakwaan yang bukan-bukan

Featured Wed, 2 Jul 2025
Featured Sat, 26 Mar 2022
error: Content is protected !!