Euforia Bola 2026
Trending By: Ad Ops April 18, 2018 @ 4:31am

Kenapa Sharifah Sakinah Tak Puas Hati Dengan Neelofa?

Merupakan figura yang bukan sahaja pandai berlakon, malah pandai membuat lawak. Sharifah Sakinah, sememangnya dikenali sebagai pelakon yang mempunyai aura jenakanya yang tersendiri. Perangainya yang gila-gila membuatkan dirinya sentiasa dikaitkan dengan kontroversi tetapi, dia tetap mempunyai peminat yang sentiasa menyokong kerjaya beliau.

Baru-baru ini, beliau dilihat telah memuat naik satu  video pendek berdurasi kurang dari 1 minit di laman instagram beliau. Difahamkan, video tersebut merupakan antara babak lakonannya. Namun, apa yang diperkatakan Sakinah dalam video tersebut seperti memerli seorang selebriti terkenal, Neelofa.

 

Team #neelofa . Siapa kecam neelofa . lydia pukul nanti. @aimanhakimridza

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Menerusi video tersebut, Sharifah Sakinah seolah-olah sedang mengacarakan sebuah anugerah yang dianjurkan baru-baru ini. Beliau juga cuba mengajuk gaya pengacara, Neelofa dengan menyebut nama selebriti tersebut berulang-ulang kali. Tidak cukup dengan itu, Sharifah Sakinah turut mengumumkan nama Neelofa sendiri sebagai pemenang. 

Dengan gaya persis seperti Neelofa itu, beliau memberitahu beliau tidak perlu sebarang trofi, kerana sudah sedia membawanya bersama di atas pentas. Mana tak nya, yang umum tu sendiri adalah pemenang bukan?

Persoalannya, apakah motif Sharifah Sakinah berbuat demikian? Adakah dia tidak puas hati kerana tidak memenangi sebarang anugerah pada malam tersebut? Atau, beliau memang dengan niat untuk bergurau? Atau, sekadar membuat parodi sahaja?

Apapun, mungkin Lofa tidak mahu memandang serius tentang perkara ini kerana beliau sendiri sudah sedia maklum tentang perwatakan Sakinah yang memang suka bergurau. 

Ditulis oleh: Nur Nasuha

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Thu, 21 Mar 2024
Featured Fri, 2 May 2025

Eyka Farhana, Akhyar Rashid Sah Bergelar Suami Isteri

Eyka dan Akhyar sah bergelar suami isteri tepat jam 10.12 pagi tadi.

#SkoolXTRA Tue, 4 Apr 2023
Featured Thu, 25 Aug 2022

Dedah Tidak Miliki Akaun Media Sosial, Que Haidar Dipuji Pandai Didik Anak! Netizen Pula Terpukau Lihat Kecantikan Mereka

Masya-Allah cantik bethol anak-anak dara Que Haidar ni 😍 Macam princess min tengok!

Hiburan Fri, 10 Jan 2025
Featured Wed, 7 Jun 2023
Hiburan Tue, 2 Dec 2025

Pertaruh Gandingan Zarif Ghazzi, Siti Hariesa… Ai Crush You Angkat Kisah Teknologi & Cinta Anak Muda

Ai Crush You akan menemui penonton mulai 5 Disember 2025, setiap Jumaat dan Sabtu jam 9.00 malam di TV3.

error: Content is protected !!