Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida September 11, 2019 @ 1:04pm

Sharnaaz Tolak Cerai, Air Mata Nabila Jatuh Di Mahkamah

“Apabila saya kata tak setuju bercerai, kita cuba memperbaiki hubungan sebaik mungkin dan cari kebaikan.” kata pelakon Sharnaaz Ahmad yang menolak penceraian dengan isterinya, Noor Nabila, hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, pelakon Cinta Bukan Kristal ini mahu mengikut prosedur mahkamah yang ditetapkan.

“Kami akan ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) jam 12.30 tengahari pada 30 Oktober depan.

“Ketika kami kahwin elok-elok, takkan lah masa cerai nak gaduh-gaduh. Reda atau tidak (penceraian ini) kita ada mahkamah dan badan berkanun yang kita perlu hadap. Mahkamah sudah beri arahan (JKP), jadi kena ikut,” katanya.

Dia ditemani peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, pihaknya akan mengikuti arahan mahkamah dengan melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes penceraian itu.

Ketika ditanya sama ada masih menyayangi isterinya, Sharnaaz menolak untuk menjawab pertanyaan itu.

Menurut Sharnaaz, dia akan menggunakan JKP itu untuk mencari jalan penyelesaian yang berkemungkinan dapat mempertahankan rumah tangganya.

“Berkaitan melantik siapa (wakil JKP) adalah rahsia. Dalam soal anak pula (Jebat Jayden) kami akan berbincang dan setakat ini saya tidak pernah dihalang untuk melawatnya, terima kasih juga kepada Nabila,” katanya.

Sementara itu, Noor Nabila Mohd Noor yang merupakan kakak kepada Neelofa menangis selepas suaminya menolak permohonan cerai yang difailnya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.

“Saya tak bersedia memberikan ‘statement’ (kenyataan) kerana fokus ketika ini membesarkan anak (Jebat Jayden) dengan penuh kasih sayang. Saya minta doa anda semua bagi mempermudahkan urusan,” katanya.

Dalam pada itu Akberdin berkata, pihaknya mahu menyelesaikan kes penceraian terlebih dahulu sebelum memberi tumpuan berkaitan tuntutan penjagaan anak.

Katanya, melalui Seksyen 47 Akta Undang Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, mereka memiliki ruang untuk berbincang dan berdamai.

“Kita akan lihat sama ada perkahwinan dapat diselamatkan atau tidak malah undang-undang memberikan tempoh enam bulan bagi tujuan itu,” katanya.

Akberdin menjelaskan, antara sebab tuntutan ditolak anak guamannya adalah pihak plaintif (Noor Nabila) meminta tarikh awal untuk bercerai.

“Kenapa perlu tergesa-gesa sedangkan undang-undang memberi masa enam bulan. Buat masa ini tiada tuntutan berkaitan perkara lain,” katanya.

Dalam pada itu peguam Noor Nabila, Azmi Mohd Rais berkata, pihaknya memfailkan penceraian itu pada 27 Ogos lalu.

Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Mon, 31 Jul 2023

“Mak Tak Ada Waktu Nikah Kami Minggu Depan, Semua Siap Dah” – Shila Amzah

Sebaknya! Semoga Shila & Ubai kuat hadapi ujian ini 🤲

Hiburan Tue, 3 Aug 2021

Diaib Bekas Kekasih, Video Separuh B*g*l Tular – Shuk Sahar Bakal Fail Saman Fitnah

Pelawak, pengacara dan bekas penyampai radio, Shuk Sahar dan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera dalam proses untuk memfailkan saman fitnah terhadap bekas kekasih Shuk yang dikenali sebagai Fara Salleh. Memetik laporan Harian Metro, Shuk […]

Hiburan Fri, 12 Apr 2019

Exclusive on E! News: Fattah Amin Launches Fattastic Raya Collection

Get your raya clothes fixed with this collection!

Featured Thu, 16 Jan 2025

Kongsi Video Dengan Fatima, Netizen Puji Fazura Tak Buat ‘Cheap Marketing’ Untuk Jual Produk

Rata-rata warganet memuji aktres itu yang sentiasa fokus mengurus kerjayanya sebagai ibu tunggal.

Featured Fri, 12 May 2023
Featured Fri, 14 Oct 2022

[VIDEO] Zaidi Tanya Rakyat Malaysia Tentang Simpanan Mereka Untuk Masa Hadapan

Dari kecil, kita telah diajar untuk menabung wang simpanan demi kelangsungan masa hadapan. Tapi korang tahu tak sebuah kaji selidik yang dilakukan Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati 75 peratus daripada penduduk negara ini tidak mempunyai […]

Hiburan Mon, 18 Nov 2019

Dewan Mentor Milenia Gamat! Suara Macam Tok Ti Tapi…

Wow! Siapa yang nyanyi cam Tok Ti ni??

error: Content is protected !!