Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 12, 2025 @ 7:58pm

BAALE Bakal Gegarkan Zepp KL Buat Pertama Kali Menerusi Konsert FORTUNA

Buat julung kalinya, peminat muzik alternatif di Malaysia bakal menyaksikan kehadiran BAALE, alter ego muzik bintang Indonesia, Iqbaal Ramadhan menerusi konsert BAALE – FORTUNA Live in Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 15 Jun 2025 di Zepp KL, jam 8 malam.

Dikenali ramai menerusi watak ikonik Dilan dalam filem Dilan 1990 dan kemunculan awalnya dalam kumpulan Coboy Junior, ramai mungkin terlupa bahawa Iqbaal bukan sekadar pelakon.

Kini, beliau kembali memperkukuh identitinya sebagai pemuzik dengan mengetengahkan projek solo terbaharunya, BAALE yang menjadi medium berkarya secara jujur dan bebas, berteraskan nuansa Britpop yang segar dan introspektif.

Album sulung FORTUNA, yang dilancarkan pada Mei 2024, memuatkan 11 trek menyentuh tema kehidupan, kesunyian dan mimpi anak muda. Kini, peminat yang sebelum ini hanya menikmati lagu-lagu BAALE menerusi Spotify atau YouTube berpeluang merasai sendiri magis album tersebut secara langsung di pentas Kuala Lumpur.

Konsert yang dibawakan oleh Miebird Projects ini menjanjikan malam penuh emosi dan kenangan buat peminat di Malaysia.

“Kami berbesar hati memperkenalkan BAALE secara langsung kepada peminat tempatan. Ini peluang untuk mereka mendengar FORTUNA terus dari pemiliknya, dan mengenali sisi sebenar Iqbaal sebagai pemuzik,” ujar Idreez J mewakili pihak penganjur.

Menurut Iqbaal, konsert ini menjadi momen istimewa buatnya secara peribadi.

“Senang sekali untuk pertama kalinya datang ke Malaysia sebagai BAALE. Bagi saya, ini versi paling jujur dari diri saya. Semoga peminat di sini dapat berjalan bersama saya untuk karya-karya seterusnya,” katanya penuh harapan.

Tiket kini boleh didapati melalui www.ilassotickets.com dengan harga bermula RM198 hingga RM398.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 27 Mar 2025

Bukan Hutang Along! Kereta Milik Faye Kusairi Rosak Dihempap Bumbung Kondominium

Kata Faye, bukan kenderaan miliknya sahaja yang terkena tetapi beberapa lagi buah kenderaan turut menerima nasib sama sepertinya.

Hiburan Tue, 9 Aug 2022

“Dia Bukan Perosak Lagu” – Floor 88 Bakal Duet Dengan Raffa Affar

Bakal berduet dengan Raffa Affar, Floor 88 tidak menganggapnya ‘perosak lagu’.

Featured Fri, 9 Jul 2021

Ambil Pelakon Veteran Jadi Watak Utama, Ramai Tertunggu Drama Ayahanda

Sebuah drama yang diadaptasi daripada novel DBP yang merupakan karya ternama penulis sastera terulung iaitu Allahyarham Azizi Haji Abdullah mencuri perhatian penonton di sosial media. Drama Ayahanda mengisahkan konflik yang dihadapi oleh seorang ayah yang […]

Trending Fri, 12 Jul 2019

Avid Durian Eaters Out There, You Might Want to Read This Before Gobbling Another One!

They say all food is food! But guess not all foods go well together in the tummy. Apparently, Durian can’t be eaten together with…

Featured Thu, 19 Jan 2023
error: Content is protected !!