Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 20, 2025 @ 12:03pm

Doa Anak Sulung Termakbul, Nina Ismail Bakal Timang ‘Baby Boy’

Anak sulung kepada mantan Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Nina Ismail Sabri akhirnya memaklumkan dia dan suami bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian di Threads, Nina berkongsi antara momen manis sekitar majlis ‘gender reveal’ yang diadakan.

Difahamkan, majlis yang diadakan bertemakan rona putih itu turut dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Dalam perkongsian sama, Nina mendedahkan anak perempuannya, Jeanelle Nika Mandagie adalah  individu yang paling teruja mengenai pengumuman tersebut.

“Antara individu yang paling excited bila diberitahu kandungan saya adalah ‘baby boy’.

“Jeanelle telah berdoa untuk saya dapat baby boy sebaik sahaja mengetahui saya berbadan dua,” kongsinya.

Terdahulu, pada 2 April lalu, Nina mengumumkan dirinya bakal menimang cahaya mata pertama hasil perkahwinannya dengan Hafiz Osman pada November tahun lalu.

Menerusi hantaran di Instagram, Nina meluahkan rasa syukur atas anugerah ini dan memohon doa agar kehamilannya berjalan lancar.

“Berehat seketika daripada posting Raya untuk memberi ruang kepada si kecil yang sangat dinantikan kehadirannya tahun ini. Alhamdulillah, saya baru sahaja melepasi trimester pertama. Mohon doakan untuk si kecil dalam kandungan saya. Abah, kakak, dan mommy sangat teruja untuk bertemu denganmu, sayang, HN,” tulisnya di kapsyen.

Sekadar info, Nina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie, pada 11 Disember 2013 sebelum berpisah pada Ogos 2022.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Jeanelle Nika Mandagie, yang kini berusia tujuh tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 5 Dec 2024

Kanser Merebak Ke Hati & Paru-Paru, Jangka Hayat Lan Zailan Tinggal 3 Bulan Sahaja – “Jika Ada Silap, Mohon Maafkan”

“Kanser sudah merebak ke hati dan paru-paru. Mohon sahabat terus bagi semangat pada Lan”- Isteri

Hiburan Mon, 29 Sep 2025
Hiburan Fri, 12 Jul 2019
Hiburan Mon, 23 Jul 2018

Apa Kes Boy Iman Peluk Erat Bini Orang?

Gambar kontroversi itu sekaligus membuatkan netizen mempersoalkan dimana agaknya letaknya “halal gap” diantara mereka, apatah lagi kedua-duanya merupakan suami dan isteri orang

Featured Tue, 27 Dec 2022
Trending Fri, 30 Nov 2018

Tiada Pengesahan Agong Telah Berkahwin – Mahathir

Desas-desus mengenai perkahwinan itu tular di media sosial dengan beberapa keping gambar perkahwinan sebagai bukti  

Hiburan Sun, 19 Aug 2018

Doakan Anak Hunny Madu Sembuh…

Kami doakan agar Adam Musa kembali pulih dan mendapat kekuatan seterusnya membesar seperti kanak-kanak lain.

error: Content is protected !!