Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal July 8, 2019 @ 10:00am

Dayang Sayang Peminat

Perkongsian gambar Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini berpakaian sedondon ketika beraya bersama di Instagram, baru-baru ini disambut baik peminat yang berharap hubungan mereka akan melangkah ke fasa lebih indah.

Melihat penerimaan peminat dari sudut positif, Dayang secara peribadi mengakui, serasi dengan Hael kerana penyanyi itu ialah antara rakan artis yang paling rapat dengannya.

“Saya tahu ramai peminat mendoakan dan mengharapkan perkara yang baik akan berlaku dalam hidup kami. Dalam hal ini, saya tidak perlu melatah, sebaliknya melihat penerimaan itu dari sudut positif.

“Saya juga anggap gosip mengaitkan saya dan Hael sebagai perkara biasa kerana kami memang rapat serta selesa bekerjasama. Mungkin kerana itu, peminat mengharapkan hubungan kami lebih daripada sekadar kawan.

“Apa yang saya boleh katakan, Hael antara rakan duet paling serasi dengan saya. Dia mampu memberikan magis setiap kali kami tampil di pentas dan ia membuatkan saya selesa setiap kali bergandingan dengannya,” katanya, mengulas mengenai foto yang diambil bersama anak saudaranya, Zahraa Aiesha dan anak angkat Hael, Helena.

Dayang yang pernah bekerjasama dengan Hael menerusi lagu Haram berkata, setakat ini, mereka masih belum mempunyai perancangan untuk merakamkan lagu duet terbaru.

“Saya tidak pernah meletakkan jurang, malah terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana penyanyi, asalkan antara kami mempunyai keserasian,” katanya.

Baru muncul dengan single rancak, Sebentar ciptaan Faizal Tahir, Faizal Tahir, Mage, Mike Chan dan Romeo, Dayang dilihat sebagai antara penyanyi yang berjaya mencipta nama dengan imej bersih, selain tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana lelaki.

“Saya belum pernah bercinta, mahupun memiliki kekasih. Setakat ini, tiada siapa yang berani mendekati atau cuba mengetuk pintu hati.

“Saya memang memilih lelaki yang hendak dijadikan calon suami kerana kalau boleh, perkahwinan itu biar hanya sekali seumur hidup,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dayang bakal menjayakan Konsert Dayang Dua Dekad di Istana Budaya pada 21 Julai ini, sehari selepas sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-38.

Kredit: Berita Harian Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 9 Aug 2024

Netizen Minta Shuib Lebih Berilmiah, Henti Sebar Aib Dalam Dol’s Podcast

Mungkin Shuib dan Dol’s podcast boleh ambil input dari pandangan netizen ni

Featured Wed, 11 Aug 2021

“Tiada Sakit Yang Paling Dalam Selain Kehilangan Ayah Ibu..”- Bapa Amylea Azizan Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Jantung

Penyanyi berbakat besar, Amylea Azizan memaklumkan pemergian bapanya, Azizan Zainal Abidin yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman sebentar tadi. Menerusi laman Instagram miliknya, pelantun lagu Tetap Kamu itu memaklumkan berita pemergian bapanya yang telah lama […]

Featured Thu, 25 Aug 2022
FESYEN Thu, 11 Apr 2019
Hiburan Wed, 1 Oct 2025
Hiburan Tue, 19 Jun 2018

Big Hit Entertainment Has Started Suing BTS’ Haters

When Big Hit Entertainment said they will start suing, they weren’t joking

error: Content is protected !!