Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 9, 2024 @ 3:47pm

Netizen Minta Shuib Lebih Berilmiah, Henti Sebar Aib Dalam Dol’s Podcast

Nama pelawak dan usahawan, Shuib sebelum ini hangat menjadi perbualan ramai di media sosial selepas kandungan video podcast dikendalikan bersama Shuk Sahar dan Fizie dikritik tidak berfaedah dan menyebarkan aib.

Malah, pada awal episod Dol’s Podcast Shuib mendedahkan dia pernah taksub bermain judi, selain isterinya, Watie Hanifiah juga berkongsi dia pernah membuat hidung sebanyak enam kali.

Shuib

Bukan itu sahaja, pada episod keempat netizen meluahkan rasa kesal apabila Shuib membuka aib allahyarham Siti Sarah yang dikatakan pernah disihir.

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Kongsi Ketagihan Berjudi, Menang Wang RM68,000 Sampai Kena Kepung Gangster… Shuib Mohon Maaf

Susulan itu, berdasarkan pemerhatian XTRA rata-rata netizen membanjiri hantaran terkini di Instagram meminta Shuib untuk mempelajari cara-cara sebenar dalam membentuk kandungan podcast yang lebih ilmiah.

“Podcast bukan platform untuk bercerita tentang aib masing-masing pada orang awam tapi lebih pada memberi inpirasi kerana yang menonton atas bawah 18 sahaja…jadi perlu berhati-hati …benda yang tak berberi manfaat tapis la,” tulis netizen.

Ada juga segelintir daripada mereka mengrkitik Shuib untuk menukar nama podcast kepada ‘Podcast Kongsi Aib Silam”.

Shuib

Shuib

Bagaimanapun, Shuib tidak mengendahkan komen-komen netizen tersebut.

Sebelum ini, Jep dalam satu perkongsian di Instagram mendakwa segala penceritaan di Dol’s Podcast yang dikendalikan oleh Shuib, Fizie dan Shuk Sahar itu direka dan ditokok tambah.

Namun begitu, berdasarkan laporan Harian Metro Mamat menepis dakwaan Jep itu.

Artikel Berkaitan: “Cerita Dalam Podcast Itu Kebanyakannya Ditokok Tambah & Direka” – Jep Sepahtu

Artikel Berkaitan: “Mungkin Ada Yang Dah Lupa Tentang Pergaduhan Itu Sampai Anggap Ditokok Tambah” – Mamat Sepah Masih Terkesan Peristiwa 16 Tahun Lalu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 28 Aug 2024

“A Friend Is One Who Sees You Fault” – Khairul Aming Label Azfar Heri Kawan Susah Senang

Kawan susah senang susah nak jumpa tau laaa ni! Kalau ada jaga baik-baik okay!

Hiburan Sat, 22 Jun 2019

原腾凭电影《乐园》上海勇夺新人影帝

第22届《上海国际电影节亚洲新人奖》原腾首尝影帝滋味!两届影帝陈泽耀秦勇「王见王」同台飙唱。

Hiburan Tue, 19 Dec 2017

ZARINA ANJOULIE ‘SOUND’ DIRA ABU ZAHAR

“So dira is this what u do pergi turun padang aib kan another female thats digusting n a digrace to puteri umno punya society.  “Maybe Fathia did say something but tak payah lah nk aibkan […]

Hiburan Tue, 16 Jun 2026

Isu VBAC Jadi Perdebatan, Dikritik Terlalu Mahu Bersalin Normal… Intan Najuwa Jawab Dakwaan Netizen – “Tiada Kaitan Dengan Bangsa Atau Mentaliti”

Intan turut menegaskan isu berkenaan tidak seharusnya dikaitkan dengan bangsa atau mentaliti tertentu

Hiburan Thu, 10 Oct 2019
error: Content is protected !!