Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 8, 2024 @ 7:46pm

“Mungkin Ada Yang Dah Lupa Tentang Pergaduhan Itu Sampai Anggap Ditokok Tambah” – Mamat Sepah Masih Terkesan Peristiwa 16 Tahun Lalu

Pelakon dan pelawak, Mamat Sepah mengakui sehingga kini pergaduhan yang terjadi antara anggota Sepah, Shuib dan Jep sekitar 16 tahun lalu masih segar dalam ingatnnya.

Memetik laporan Harian Metro, Mamat menepis dakwaan Jep mengatakan kisah pergaduhan yang diceritakan dalam Dol’s Podcast sebelum ini didakwa hanya ditokok tambah.

“Apa yang saya ceritakan dalam podcast itu berlaku kira-kira 16 tahun yang lalu. Alhamdulillah Tuhan beri saya daya ingatan yang kuat.

“Mungkin ada orang yang sudah lupa mengenai kejadian itu membuatkan ia dianggap sudah ditokok tambah. Lagipun mana boleh padam sejarah yang pernah terjadi,” katanya.

Enggan mengeruhkan atau mengaibkan mana-mana pihak, Mamat bagaimanapun sudah menganggap Jep dan Shuib seperti keluarga.

“Saya enggan mengeruhkan lagi keadaan ini. Kami bertiga sudah dianggap seperti adik-beradik.

“Tiada apa yang kami nak terasa. Apa yang berlaku sebelum ini semua tidak sengaja. Tiada apa yang membuatkan kami tidak selesa. Insya-Allah semua baik-baik saja.

“Bagi saya perkara ini tiada apa kerana saya pernah menghadapi ujian yang lebih besar.

“Lagipun zaman media sosial sekarang ini mudah viral. Hubungan saya dengan Jep dan Shuib baik,” katanya lagi.

Sebelum ini, Jep dalam satu perkongsian di Instagram mendakwa segala penceritaan di Dol’s Podcast yang dikendalikan oleh Shuib, Fizie dan Shuk Sahar itu direka dan ditokok tambah.

Artikel Berkaitan: “Cerita Dalam Podcast Itu Kebanyakannya Ditokok Tambah & Direka” – Jep Sepahtu

Artikel Berkaitan:[VIDEO] Netizen ‘Petik’ Nama Rahim Jadi Tetamu Dol’s Podcast, Ini Jawapan Shuib: “Terus Terang Ada 2 Nama Saya Tak Akan Panggil…”

Artikel Berkaitan: Terpalit Dakwaan Sebar Maklumat Dalaman Polis, Mamat Sepah Mengaku Ditahan Reman – “Ya, Itu Saya & Isteri”

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 29 Jun 2019

Mark Adam Masih Berahsia

Semoga dipermudahkan urusan buat Mark dan ibunya…

Trending Mon, 27 Jul 2020
Featured Mon, 3 Nov 2025

“Masuk Senyap-Senyap, Keluar Pun Senyap-Senyap”- Namron

Namron meluahkan rasa tenang dan rendah diri apabila tidak terlalu menonjolkan dirinya sepanjang majlis berlangsung.

Hiburan Tue, 11 Jun 2024

Dina Nadzir Tak Setuju Segelintir Selebriti Guna Isu Kesihatan Mental Bagi Tujuan Lain 

Tak baik tau guna isu kesihatan mental semata nak promosi sesuatu benda

Hiburan Tue, 20 Sep 2022

Ainul Aishah Selamat Bergelar Isteri Kepada Ahli Perniagaan

Aww! Selamat pengantin baru Aishah dan pasangan! 😍

Featured Mon, 4 Apr 2022
error: Content is protected !!