Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 23, 2024 @ 5:11pm

Nama Mamat & Isteri Bersih, Tidak Bersalah Dalam Kes Sebar Maklumat Dalaman Polis  – “Tak Ada Bukti Ditemui Dalam Fon Kami”

Pelawak, Mamat meluahkan rasa syukur apabila dia dan isterinya, Nordiana Ibrahim tidak bersalah selepas tersabit dakwaan menyebarkan maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di aplikasi Telegram.

Menerusi kenyataan di Facebook miliknya, Mamat atau nama lengkapnya, Mohd Noor Murad berkata pihak berkuasa menjelaskan mereka tidak menemui sebarang bukti pada telefon bimbit pasangan suami isteri ini.

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt dengan izinnya kes saya dan isteri, Cik Fana yang diperkatakan pada tempoh hari telah No Further Action (NFA) tiada kaitan lanjut.

“Ini membuktikan kami tiada kena mengena dengan artikel yang viral di talian telegram Edisi Siasat.

“Telefon bimbit kami telah dipulangkan semula pada pukul 11 pagi tadi, 23/7/24 oleh pegawai penyiasat kanan setelah 3 minggu di hantar jabaran forensik Bukit Aman untuk di vacuum.

“Tiada bukti ditemui di dalam fon kami yang dikatakan kami adalah suspek yang memviralkan tugas dan telus,” katanya.

Sementara itu, Mamat turut sempat berkongsi pengalaman pahit manis selama tiga hari berada di dalam tahanan reman yang akan terpahat di memori selamanya.

“Tiga hari saya di tahanan polis telah memberi sejuta kenangan yang begitu luas dalam hidup walaupun ikan jaket dan tiga keping biskut marie sentiasa menemani saya.

“Saat di gari bersama isteri untuk pergi urine test adalah satu kenangan terindah dalam hidup saya yang mungkin hingga akhir hayat yang saya tak akan lupakan.

“Terima kasih kepada peguamcara saya, Fadhli Sutris dan Mohamad Zahid Ahmad yang memberikan komitmen yang terbaik sepanjang kami di reman… begitu juga bloodbrother saya yang namanya tak boleh disebut di sini yang menjadi tulang belakang,” katanya lagi.

Mamat

Mamat dalam satu kenyataan lain sebelum ini berkata dia memberi kerjasama penuh kepada pihak polis.

Terdahulu, pada 2 Julai lalu heboh di media sosial berkenaan seorang pelawak yang ditahan bersama isterinya bagi memberi kenyataan dalam kes penyebaran maklumat dalaman IPD Shah Alam di aplikasi Telegram.

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Artikel Berkaitan: Terpalit Dakwaan Sebar Maklumat Dalaman Polis, Mamat Sepah Mengaku Ditahan Reman – “Ya, Itu Saya & Isteri”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 27 Dec 2019

“Puas Tangan Nak Menepis…” -Datuk A. Aida

18 kali tepis, mungkin 19 kali terima!

Trending Tue, 13 Nov 2018

38 Tahun Kahwin, Pasangan Ini Masih Sedondon Sampai Sekarang

Alahai, comelnya atuk & nenek ni. Ni baru betul-betul sehati sejiwa!

Hiburan Tue, 6 Feb 2018

Sheila On 7 Konsert Kembali Pada 10 Februari 2018

Konsert itu bakal diadakan di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur pada 10 Februari 2018

Hiburan Thu, 16 Aug 2018

Tak Serik Kahwin, Hafiz Hamidun Idam Keluarga Bahagia

Saya pernah rasa diri separuh gila. Sehingga satu tahap orang tuduh yang bukan-bukan termasuklah dilabel ‘kunyit’. Orang yang menuduh dengan perkara bukan-bukan, mereka tidak faham apa yang berlaku kepada saya.

Featured Tue, 10 Jan 2023

Kasih Iris Leona Menangis Cinta Tak Dihargai – “Ramai Orang Ambil Kesempatan…”

Sedih tengok Leona menangis.. Sentiasalah hargailah orang di sekeliling kita

Featured Mon, 10 Jan 2022

Omicron Petanda Covid-19 Bakal Berakhir Ramal Pakar

Varian terbaru Covid-19, Omicron mungkin menjadi petunjuk pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia selama lebih dua tahun akan berakhir dalam tahun ini kata seorang pakar pernafasan di Hospital Vichaiyut Bangkok, Thailand. The Nation Thailand melaporkan, […]

error: Content is protected !!