Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 16, 2022 @ 6:38pm

“Stop Beri Publisiti & Buat Mereka Terkenal…” – Awal Ashaari Anggap Kak Long 7E Tak Layak Keluar Televisyen

Selepas tular di laman Twitter mengenai kemunculannya menerusi stesen televisyen islamik pada Selasa, isu ‘Kak Long 7E’ turut mendapat perhatian bukan sahaja dalam kalangan netizen tetapi juga rakan artis.

Antaranya pelakon dan pengacara, Awal Ashaari yang dilihat memuat naik hantaran di Instagram Story miliknya mengenai isu terbabit.

“Setiap saat yang diberikan kepada individu ini adalah publisiti untuk mereka. Mereka dahagakan populariti.

“Jerit-jerit, keji, kutuk, mengamuk macam orang gila. Merendahkan orang dalam sosial media, alih-alih dapat jemputan masuk tv,” tulisnya.

Menurut Awal atau nama sebenarnya, Ahmad Awaluddin, 41, beliau menyifatkan tindakan tersebut hanya akan memberikan publisiti kepada individu berkenaan.

Bahkan, kemunculannya itu dianggap sebagai membuka ruang untuk dirinya dikenali ramai.

“Bayangkan video-video menyedihkan bagaimana pula yang akan muncul semata-mata mereka dahagakan untuk keluar dan dijemput dalam rancangan tv.

“Jadi berhentilah membuatkan orang seperti ini terkenal. Kerana mereka tidak layak untuk bercerita dan muncul di kaca televisyen,” jelasnya.

Terdahulu, kemunculan ‘Kak Long 7E’ menerusi program islamik berkenaan mengundang rasa kurang senang rata-rata warganet sehingga stesen televisyen tersebut menerima kecaman dari pelbagai pihak.

ARTIKEL BERKAITAN:“Lebih Baik Jemput Staff Tu” – Netizen Berang Kak Long 7E Dijemput Ke Program TV Islamik

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 4 Mar 2021
Trending Thu, 18 Jun 2020
Events Thu, 20 Jun 2019
Trending Mon, 25 Feb 2019

Malaysia menjadi sasaran utama pedofil asing, ini cara anda untuk mengubahnya!

Sikap rakyat Malaysia sendiri adalah antara punca perkara ini berlarutan.

Drama Tue, 21 Apr 2026

Tampilkan Gandingan Raden Zaharatul Bersama Hafidz Roshdi & Syarul Ezani, Singkap Rahsia Terbongkar Dalam Naskhah ‘Cinta Kedua’

Drama terbaharu Cinta Kedua tampil sebagai naskhah Tonton Eksklusif yang bakal menyentuh emosi penonton menggandingkan lakonan Raden Zaharatul, Hafidz Roshdi & Syarul Ezani.

Hiburan Wed, 3 Oct 2018

Lepas Gong Nekara, Duo Popular Ini Bakal Duet Dengan ‘Sifu’

Siapa agaknya eh ‘sifu’ yang dimaksudkan? Hurm…sama-sama kita tunggu. Single itu bakal ke udara berkemungkinan awal tahun depan. Tak sabarnya!

Hiburan Thu, 9 May 2019

三个女人一个墟!三大亚洲天后齐聚云顶大抛笑弹

叶丽仪、陈洁灵及玛利亚三位亚洲天后齐聚云顶,将于8月10日带来一个疯狂搞笑的音乐盛宴!

error: Content is protected !!