Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 11, 2024 @ 5:07pm

Dina Nadzir Tak Setuju Segelintir Selebriti Guna Isu Kesihatan Mental Bagi Tujuan Lain 

Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir memaklumkan masalah kesihatan mental yang dialaminya baru-baru ini bukan disebabkan kerana kesunyian.

Bercakap kepada XTRA, Dina atau nama sebenarnya Faradina Mohd Nadzir menjelaskan dia sudah terbiasa dengan kehidupan solonya.

“Kalau nak kata kesunyian, saya sudah lama rasa single, sudah biasa.

“Bila kata kesunyian sebab tidak ada pasangan, mungkin. Tapi saya tidak sampai ke tahap seperti itu sebab sudah biasa dan tidak ingat bercinta itu bagaimana.

“Rutin harian tidak ada berubah, melainkan daripada tiada pasangan kepada ada, buatkan saya sentiasa bergayut di telefon, itu lain dan perkara ini berbelas tahun saya tidak dirasakan.

“Jadi kalau nak kata perkara ini yang menyebabkan saya nak menangis ia tidak masuk akal untuk saya,” katanya ketika ditemui.

Dalam pada itu, pelantun lagu Raya Di Rumah Dinda itu turut berpendapat adalah tidak wajar sekiranya segelintir selebriti menggunakan isu kesihatan mental bagi tujuan bukan kesihatan.

“Kalau orang nak guna isu kesihatan untuk promosikan sesuatu, teruskan. Saya kerja dua-dua bahagian, di sebalik tabir dan di depan lensa juga. Jadi ada sahaja baik dan buruknya.

“Kadang-kadang sedih lihat artis yang palsukan sesuatu berita kerana ingin promosikan sesuatu benda. Tapi saya faham sebab dia nak ambil perhatian dan setiap orang caranya berbeza.

“Jika ia terbaik untuk kau dan teruskan. Tapi pada masa akan datang ia mungkin tidak akan menjadi sebab kau dah tipu orang,” ujarnya.

Terdahulu, Dina memaklumkan dia mengalami masalah kesihatan mental iaitu ‘mild depression’ sejak Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Alami Masalah Tekanan Teruk, Dina Nadzir Ubah Penampilan & Gaya Hidup… Berjaya Hilang Berat Badan 10 Kg! – “Lepas Ni Nak Ambil Lesen Menyelam & Motosikal” 

ARTIKEL BERKAITAN: Xpose, Dina Nadzir Bergabung Dalam ‘Raya Di Rumah Dinda’

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Sebaknya! Kata-Kata Angeline Tan Buat Dina Nadzir Soal Jodoh Sentuh Hati Ramai – “Allah Tak Pernah Abaikan Sesiapa”

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 18 Nov 2019
Featured Mon, 1 Apr 2024

Tebuk Bacaan Al-Kahfi, Netizen Puji Alif Satar – “Nyanyi Sedap, Mengaji Sedap… Boleh Buat Album Mengaji 30 Juzuk Ni”

Meremang ek bila dengar orang mengaji atau menghafaz dengan bacaan yang baik. Salute! ❤️👏

Hiburan Mon, 24 Jun 2019

Belum Bertunanglah…

Afieq memaklumkan tujuan gambar itu dimuatnaik bukan untuk mencipta gimik dan mendiamkan diri apabila diajukan soalan.

Hiburan Wed, 6 Mar 2024

Dayang Nurfaizah Mohon Henti Spekulasi Sakit – “Saya Sihat Saja”

Dayang sihat je tau! Jangan buat spekulasi bukan-bukan

Featured Mon, 10 Jan 2022

Omicron Petanda Covid-19 Bakal Berakhir Ramal Pakar

Varian terbaru Covid-19, Omicron mungkin menjadi petunjuk pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia selama lebih dua tahun akan berakhir dalam tahun ini kata seorang pakar pernafasan di Hospital Vichaiyut Bangkok, Thailand. The Nation Thailand melaporkan, […]

Hiburan Wed, 27 Mar 2019

Kahitna Selit Muzik 40an Dalam ‘Seribu Bulan Sejuta Malam’

SBSM mengisahkan tentang seorang lelaki yang ingin mencari pasangan hidup selepas kematian isterinya…

error: Content is protected !!