Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi May 7, 2024 @ 5:56pm

[VIDEO] “Ingatkan Isteri Saja Pandai Berlakon, Rupanya Suami Pun Ada Bakat” – Peminat Kagum Suami Anzalna ‘In Character’ Buat Trend Lagu Raya

Perkongsian aktres jelita, Anzalna Nasir menjadi perhatian di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Anzalna memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dia bersama suami tercinta, Hanif Zaki.

Dalam video berdurasi lebih 30 saat itu, Anzalna dan suami membuat parodi berkaitan dengan suami isteri dengan menggunakan lagu raya Raya Di Rumah Dinda nyanyian kumpulan Xpose dan Dina Nadzir.

Apa yang menarik perhatian adalah lakonan suami Anzalna iaitu Hanif boleh dikatakan menjadi dan tidak kekok berada di hadapan kamera.

“Sementara menunggu pengantin. Sedap betul suara I dengan @hanif_zaki, kenapa Hanif beriya eh nyanyi lagu ni! Menyampah! YJO!! Haa tekalah apa hahahahhahaha,” tulis Anzalna seloroh.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian comel tersebut.

Rata-ratanya menyifatkan Hanif seorang yang berbakat untuk berlakon biarpun hanya sekadar parodi.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian video ibu kepada dua cahaya mata itu mendapat lebih 1.8 juta tontonan dan lebih 1,700 komen.

Anzalna

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 15 Jan 2019
Hiburan Tue, 4 Jun 2019

Teruja Sampai Lupa Nak Beli Baju Raya, Doakan Abam!

Punya ler excited sampai terus lupa dibuatnya…

Trending Wed, 5 May 2021

Bila Kediaman Selamat, Boleh Raya Dengan Gembira… Jom Semak 6 Barangan Wajib Dimiliki Untuk Membersih & Disinfeksi Rumah!

Raya hampir tiba! Mesti semua excited nak sambut Raya kan? Tapi Raya, Raya juga, sebelum nak sambut Raya tu anda kena bersihkan rumah dulu! Masa Raya ni, kebersihan merupakan aspek yang paling penting sebab masa […]

Trending Mon, 29 Aug 2022

“Kalau Jumpa Saya Waktu Siang, Nampak Elok Kerana…” – Ustaz Kazim Bakal Berubat Di Arab

Sampai ke Arab ye cari penawar! Apa-apapun semoga Ustaz kembali sihat!

Trending Sat, 6 Jul 2019

Terkena Bom Ikan Di Semporna, 2 Maut

Dua Pelancong Dan Penyelam Skuba Maut Disyaki Terkena Bom Ikan Di Semporna

Trending Wed, 20 Nov 2019
Hiburan Sat, 24 Jan 2026
error: Content is protected !!