Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 17, 2024 @ 7:55pm

Kejadian Mistik Berlaku Ketika Penggambaran Filem Zim Zim Ala Kazim – “Kulit Ustaz Kazim Elias Keluar Darah”

Selebriti serba boleh, Mawi yang kini muncul dengan filem arahannya, Zim Zim Ala Kazim mendedahkan ada beberapa kejadian mistik yang berlaku sepanjang penggambaran naskhah terbabit.

Menurut Mawi, karya yang mengangkat kisah benar pendakwah popular Datuk Ustaz Kazim Elias itu diuji ketika awal penggambaran namun akhirnya ia berjalan lancar.

“Ada satu masa itu ketika nak memulakan penggambaran, tiba-tiba penyakit Ustaz Kazim menyerang semula. Sehinggakan kulit beliau ada keluar darah. Apa pun situasi berkenaan dapat diatasi dengan baik.

“Idea untuk menghasilkan filem tersebut bermula menerusi perjumpaan dengan dengan Ustaz Kazim. Ketika berjumpa kami berborak dan beliau telah berkongsi tentang kisah penyakit misteri yang dialaminya itu.

“Ia adalah satu kisah mistik dan sebenarnya apa yang dilalui Ustaz Kazim itu, saya juga pernah melalui keadaan yang lebih kurang dengan beliau,” jelasnya.

Bercerita lebih lanjut tentang pembikinan filem berkenaan, Mawi memberitahu ia dibuat sekitar dua tahun lalu selama 15 hari di kawasan sekitar rumah Ustaz Kazim sendiri di Kampung Manjoi, Perak.

Tambah Mawi, setelah perkongsian kisah berkenaan, akhirnya dia meminta kebenaran untuk menghasilkan sebuah filem yang mengangkat cerita tentang pengalaman yang dilalui pendakwah berkenaan berhadapan penyakit misteri.

Menurutnya, dia berasa lega apabila Ustaz Kazim lantas memberikan persetujuan untuk penghasilan filem berkenaan.

“Kalau diikutkan tidak sukar untuk saya meyakinkan beliau. Dalam perjumpaan kali kedua, beliau ceritakan lebih mendalam dan pada perjumpaan kali ketiga saya turut membawa penulis skrip

“Berkenaan dengan jalan cerita pula, kira-kira 70 sehingga ke 80 peratus adalah kisah benar yang dipaparkan. Selebihnya saya ada tokok tambah untuk pastikan penceritaannya lebih menarik.

“Syarat paling utama Ustaz Kazim sendiri mahu menjadi ‘hero’. Pada awalnya, saya dah ada pilihan untuk pegang watak beliau. Namun, beliau sendiri nak lakonkan watak dirinya.

“Memang agak terkejut juga, namun saya kagum dengan keberanian beliau untuk berlakon dalam filem ini,” jelasnya.

Selain Ustaz Kazim, filem ini menampilkan lakonan Mawi, Bell Ngasri, Anas Tahir, Zarina Anjoulie dan ramai lagi.

Filem Zim Zim Ala Kazim ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 13 Jun 2024.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Jul 2025
Hiburan Mon, 26 Feb 2018

Fazley Yaakob Naik Angin!

Judul tersebut mendapat kecaman serta kritikan dari seorang penggiat seni kulinari melalui media sosial sehingga tular diperkatakan netizen khususnya di kalangan pencinta masakan.

FESYEN Tue, 20 Aug 2019
Events Tue, 19 Mar 2019
Trending Mon, 24 Feb 2020

“Buta Mata Bukan Buta Hati”- Lelaki OKU Buktikan Cacat Penglihatan Satu Anugerah, Jadi Johan Tilawah Al-Quran

Ternyata cacat penglihatan bukan ujian sebaliknya satu anugerah  Tuhan.. Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan baru sahaja melabuhkan tirainya dengan menyaksikan Qari Qayyim dari Kelantan dinobatkan sebagai Juara pada kali ini.  Buta bukan ujian sebaliknya satu […]

Hiburan Thu, 11 Oct 2018

Sarah Ilham Shah Nama Diberi, Tahniah Vivy Yusof!

Usahawan berusia 30 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan sihat. Tahniah Vivy!

Featured Tue, 28 Jun 2022
Trending Wed, 23 Jun 2021

TNB Salur Bantuan Kepada Golongan B40

Semoga warga TNB dimurahkan rezeki dan dipermudakan urusan ♡♡♡

Featured Thu, 10 Nov 2022

[VIDEO] Kreatif! Netizen Terhibur Amyra Rosli Kembangkan Saiz Kasut Anak

Boleh cuba lah ek kalau beli kasut terkecil size

Hiburan Wed, 26 Sep 2018

Siapa Gerangan Lelaki Berani Cium Chacha Maembong?

Hensem juga teman lelaki Chacha Maembong ni kan?

error: Content is protected !!