Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 16, 2026 @ 12:57pm

Isu VBAC Jadi Perdebatan, Dikritik Terlalu Mahu Bersalin Normal… Intan Najuwa Jawab Dakwaan Netizen – “Tiada Kaitan Dengan Bangsa Atau Mentaliti”

Pelakon, Intan Najuwa tampil menjelaskan hasratnya untuk mencuba proses kelahiran secara normal bagi cahaya mata kedua bukan kerana terlalu ingin membuktikan sesuatu, sebaliknya dibuat berdasarkan nasihat dan kebenaran diberikan doktor.

Intan berkata, terdapat salah faham dalam kalangan segelintir netizen berhubung perkongsiannya sebelum ini mengenai VBAC atau kelahiran normal selepas pernah menjalani pembedahan Caesarean (C-section).

Menurut Intan, dia hanya meminta pandangan dan pengalaman daripada ibu yang pernah melalui proses berkenaan selepas doktornya memberi lampu hijau untuk mencuba kaedah itu.

“Saya rasa ramai yang salah faham mengenai hantaran saya sebelum ini berkaitan VBAC. Saya hanya bertanya dan mendapatkan tip daripada ibu-ibu yang pernah melaluinya kerana doktor saya sudah memberi kebenaran untuk saya mencuba.

“Sudah tentu saya gembira jika diberi peluang untuk melalui pengalaman itu, tetapi ia tidak bermakna saya menolak kaedah pembedahan Caesarean,” katanya menerusi perkongsian di Threads.

Aktres drama Racun Rihanna itu berkata demikian selepas menerima kritikan segelintir netizen yang mendakwa dia terlalu beria-ia mahu melahirkan anak secara normal.

Menjelaskan perkara itu, Intan berkata, kelahiran anak sulungnya sebelum ini juga dilakukan secara pembedahan dan dia tidak pernah mempertikaikan kaedah tersebut kerana keutamaan utamanya adalah keselamatan ibu dan bayi.

“Anak pertama saya dilahirkan secara C-section kerana ketika itu keutamaan saya adalah perkara yang sama iaitu memastikan ibu dan bayi selamat serta sihat.

“Malah, saya sendiri terus bersetuju apabila doktor menasihatkan saya menjalani pembedahan ketika itu,” katanya.

Tambah Intan, keinginannya untuk mencuba VBAC bukan bertujuan membuktikan apa-apa kepada sesiapa.

“Ia tidak pernah berkisar soal terlalu mahu bersalin normal atau mahu membuktikan sesuatu.

“Jika saya berpeluang melalui VBAC, Alhamdulillah. Jika tidak, saya juga reda. Apa yang penting, saya akan sentiasa mengikut nasihat doktor dan memilih pilihan yang paling selamat untuk saya dan bayi,” katanya.

Dalam masa sama, Intan turut menegaskan isu berkenaan tidak seharusnya dikaitkan dengan bangsa atau mentaliti tertentu.

“Perkara ini juga tidak ada kaitan dengan bangsa atau mentaliti Melayu. Saya mempunyai ramai rakan daripada pelbagai kaum dengan pilihan dan pengalaman berbeza.

“Ada yang memilih bersalin secara normal, ada yang memilih C-section dan ada juga yang hanya mengikut pilihan paling selamat apabila tiba waktunya,” jelasnya.

Terdahulu, perkongsian Intan yang bertanyakan pengalaman ibu lain mengenai VBAC mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengikutnya di media sosial.

Namun, Intan menegaskan apa jua kaedah kelahiran yang dipilih, keselamatan ibu dan bayi sentiasa menjadi keutamaan utamanya.

Artikel Berkaitan: Pengsan Akibat Tekanan Darah Terlalu Rendah, Intan Najuwa Syukur Diri & Bayi Selamat

Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Akui Tak Sanggup ‘Giveaway’ Baju Anak, Mahu Simpan Sebagai Kenangan – “Nilai Sentimental Itu Terlalu Besar”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 30 Dec 2019

TVXQ Changmin Is Taken, SM Entertainment Confirms

Love is in the air and we are happy for Changmin.

Featured Wed, 19 Oct 2022
Hiburan Wed, 2 Oct 2024

Podcast Neelofa & PU Riz Dipuji Beri Ilmu Bermanfaat – “Penyampaian Mereka Mudah Difahami”

Alhamdulillah, suka tengok content podcast macam ni ❤️❤️❤️

Events Wed, 20 Nov 2019

OST Ejen Ali The Movie Bukan CIPLAK!

sesuailah dengan hashtag #KitaJagaKita

Hiburan Sun, 15 Dec 2024
Hiburan Tue, 21 Mar 2023
Trending Fri, 7 Apr 2023

Insomniacks Meriahkan Aidilfitri Dengan ‘Lagu Raya’

Wah Insomniacks keluarkan lagu raya 😍

Hiburan Sun, 11 May 2025

Buat Kemunculan Istimewa Dalam Filem Keajaiban Air Mata Wanita, Prof Dr Muhaya Mahu Cari ‘Pencen Kubur’

Dr Muhaya tersentuh dengan mesej mendalam dan naratif filem Keajaiban Air Mata Wanita.

Featured Fri, 9 Feb 2024

“Bila Ayah Tak Mahu Nikahkan, Pengantin Perempuan Boleh Dapatkan Wali Hakim” – Bekas Peguam Siti Bainun Ulas Kes Kahwin Lari Marissa, Aslam

Hafidzah berpendapat, tidak wajar menuding jari kepada Marissa atau Aslam kerana kedua-duanya boleh berfikir secara matang dalam membuat keputusan.🤧

Hiburan Mon, 7 May 2018

Guna Anak Kaut Untung? Ini Jawab Che Ta!

Dakwaan timbul apabila Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta menjadikan Aaisyah sebagai duta produk makanan tambahan untuk kanak-kanak.

error: Content is protected !!