Euforia Bola 2026
Trending By: Nurul Hana April 7, 2023 @ 4:01pm

Insomniacks Meriahkan Aidilfitri Dengan ‘Lagu Raya’

Dalam beberapa minggu lagi, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan seperti biasa lagu-lagu Raya akan mula berkumandang di corong-corong radio, pusat membeli-belah dan juga laman-laman media sosial.

Selain lagu-lagu Raya malar segar dan klasik yang kerap memeriahkan suasana, semakin banyak lagu Raya baru nyanyian artis masa kini yang memenuhi permintaan pencinta muzik.

Kumpulan kugiran tempatan popular, insomniacks juga nampaknya tidak ketinggalan mengikut fenomena ini.

Lagu raya nyanyian mereka yang berjudul ‘Lagu Raya’ telah mencipta secara tersendiri pada tahun 2023.

Lagu yang dicipta oleh penyanyi kelahiran Indonesia, Yuka Kharisma ini merupakan sebuah lagu yang sangat mudah diingati dan mempunyai harapan untuk menjadi sebuah lagu tular di era ini.

“Secara peribadi, saya rasa ini adalah lagu raya yang paling senang untuk dihafal dan dipelajari. Malah, sekiranya ada pelajar yang perlu membuat persembahan sempena Hari Raya, lagu ini sangat sesuai untuk didendangkan. Ia begitu mudah namun sangat menghiburkan,” jelas Iqie selaku jurucakap kumpulan Insomniacks.

Ini adalah kali pertama kumpulan insomniacks tidak terlibat dalam penulisan karya mereka sendiri.

“Oleh kerana lagu ini dicipta sepenuhnya oleh Yuka, kami hanya perlu memasukkan vokal sahaja. Proses rakaman berjalan dengan sangat lancar dan kami hanya perlukan sekitar 20 hingga 30 minit sahaja untuk menyelesaikannya. Kami senang bekerja dengan Yuka dan ingin mengucapkan terima kasih kerana memberikan karya ini,” tambahnya lagi.

Iskandar berkata, mereka terpaksa berjaga awal pagi bagi menghasilkan sebuah video muzik.

“Video muzik kami berkonsepkan sekumpulan kawan yang hendak pulang beraya di kampung. Pengalaman merakam video ini sangat menyeronokkan namun memenatkan juga kerana kami terpaksa berjaga dari jam enam pagi hingga enam petang. Bagaimana pun, hasilnya sangat memuaskan,” jelas Iskandar.

“Sempena dengan Aidilfitri yang akan datang, kami Insomniacks,ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua peminat kami dan semoga anda terhibur dengan Lagu Raya kami ini,” bingkas Iskandar menutup bicara.

Lagu Raya boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music mulai 7 April jam 12 tengah malam, manakala muzik videonya pula boleh ditonton di laman YouTube Insomniacks.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 4 Jan 2023

AJL 37: Gementar Jadi Finalis Paling Muda, Iman Troye Akui Tercabar – “Dulu Saya Duduk Atas Sekali Di Kerusi Penonton, Sekarang Saya Tercalon”

Kejayaan yang amat membanggakan, baru dua tahun dalam industri dah layak masuk AJL 🥰 Tahniah Iman Troye 🤩

Featured Mon, 14 Jun 2021

Selepas 8 Tahun, Zara Zya & Azlee Khairi Kembali “Bercinta” Dalam….

Drama Love Your Mr Arrogant lakonan Zara Zya dan Azlee Khairi yang menaikkan nama dua pelakon itu  kini kembali menemui penonton pada 10 Jun ini. Drama tersebut mencecah rating tertinggi ketika ditayangkan sekitar tahun 2013 […]

Featured Thu, 4 Jun 2026

Fify Azmi ‘Spill The Tea’, Dedah Mesej Perbualan Didakwa Kekasih Dengan ‘Penyondol’ – “Saya Tak Pernah Fikir Kongsi Perkara Macam Ni”

Tindakan pelakon Fify Azmi berkongsi mesej perbualan didakwa kekasihnya bersama wanita lain mencuri perhatian ramai.

Trending Mon, 19 Oct 2020
Featured Tue, 1 Mar 2022
Featured Thu, 18 May 2023
error: Content is protected !!