Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 17, 2022 @ 7:53am

Kejam! Viral Pengasuh 50 Tampar Bayi, Pukul Guna Sudip! Ini Kenyataan Polis, Rupa-Rupanya…

Tular di media sosial mengenai seorang pengasuh yang bertindak menampar, menghentak dan menarik seorang bayi dengan kuat ketika sedang memakaikannya baju.

Video yang sedang tular di laman sosial itu dipercayai berlaku di lokasi Flat Ivory, Taman Utama Gelugor, Penang.

Potongan video yang dimuat naik di laman Twitter telah mendapat perhatian orang ramai yang turut meluahkan rasa amarah mereka terhadap perbuatan pengasuh yang dipercayai dalam lingkuan umur 50 tahun.

Lebih memilukan apabila bayi tersebut menangis teresak-esak namun si pelaku langsung tidak mengendahkannya.

Menerusi ciapan yang tular itu, pengasuh itu didakwa pernah mendera kanak-kanak lain sebelum ini namun tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa dek kerana tiada bukti yang kukuh untuk menyokong kenyataan.

Menurut individu yang memuat naik perkongsian yang tular ini, video yang berdurasi selama 15 saat itu dirakam oleh anak tiri kepada pengasuh tersebut yang turut didera berumur 11 tahun.

Meninjau di ruangan komen ciapan tersebut, ramai dalam kalangan netizen yang turut melemparkan rasa kesal dan kecewa melihat perbuatan pengasuh yang disifatkan sangat tidak berperikemanusiaan itu.

Di sebalik kekecohan yang berlaku, polis telah mengesahkan video tular terbabit adalah kejadian lama dan dalam siasatan pihak berkenaan.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kejadian berlaku pada Disember tahun lalu dan suspek wanita yang juga warganegara asing berusia 53 tahun itu kini ditahan di Penjara Seberang Perai di Jawi, Nibong Tebal.

Beliau berkata, penahanan itu dilakukan pada 8 Disember lalu selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa suspek mendera anak di bawah jagaannya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 28 Jun 2025

[VIDEO] “Nilai Murni Lebih Penting Dari Rupa” – Syed Saddiq Dedah Ciri Wanita Idaman, Akui Hati Sudah Dimiliki

Syed Saddiq utamakan nilai murni daripada status seorang wanita, akui dah tak ‘available’

Trending Tue, 9 Jun 2020

PDRM Tamatkan Sekatan Jalan Raya Bermula Esok

Berita yang wajib dikongsi ramai!

Featured Thu, 21 May 2026

“Proses Ujibakat PGL Memang Susah, Pemilihan Aisha Retno & Mila Mohsin Memang Selayaknya” – Mimi Lana

Mimi Lana mengakui proses ujibakat teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL) bukanlah sesuatu yang mudah

Featured Sat, 28 Jun 2025
Hiburan Mon, 11 Aug 2025
Hiburan Fri, 31 Jan 2025

Individu Ugut Bunuh Harith Iskander Dihukum Lima Bulan & Denda RM2,000 – “Saya Berniat Mainkan Perasaan Saja…”

Tertuduh hanya berniat nak permainkan Harith Iskander, beri ugutan bunuh dan rogol

Selebriti Mon, 25 Sep 2023
error: Content is protected !!