Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 21, 2026 @ 1:39pm

“Proses Ujibakat PGL Memang Susah, Pemilihan Aisha Retno & Mila Mohsin Memang Selayaknya” – Mimi Lana

Pelakon Mimi Lana mengakui proses ujibakat teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL) bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan peserta memiliki kemahiran lengkap termasuk lakonan, nyanyian dan tarian pentas.

Kata Mimi, pemilihan Aisha Retno dan Mila Mohsin untuk produksi tersebut sememangnya layak memandangkan kedua-duanya sudah berpengalaman membuat persembahan di atas pentas selain menyanyi.

“Proses casting dia sangat susah saya rasa. Memang pemilihan untuk PGL tu selayaknya buat mereka yang dipilih. Sebab dia memang mencari orang yang dah biasa berlakon di atas pentas.

“Macam saya, saya seorang pelakon filem, saya tak biasa sangat dengan pentas. Macam saya, saya boleh menyanyi tapi tak pernah menyanyi di hadapan khalayak ramai. Jadi benda tu saya rasa agak susahlah untuk saya.

“Tapi kalau training mungkin saya okay. Tapi antara dua orang yang dapat tu memang sangat-sangat deserve lah saya rasa kan sebab dia orang memang dah biasa dengan pentas dan biasa menyanyi,” katanya.

Menyifatkan pengalaman menyertai ujibakat tersebut sebagai sesuatu yang sangat menyeronokkan dan membuka perspektif baharu mengenai dunia teater muzikal, Mimi menegaskan, tidak wujud rasa kecewa sebaliknya mahu terus mencuba yang terbaik pada masa akan datang.

“Saya rasa dia bukanlah kecewa. Of course benda yang kita nak buat tu bila kita tak dapat, kita akan ada rasa macam eh aku tak dapatlah. Tapi sebenarnya saya enjoy sangat-sangat proses pergi audition tu.

“Baru saya tahu bagaimana proses dia kalau nak pergi ke pentas teater. Kena belajar menari, belajar menyanyi dalam masa tak sampai seminggu saya kena hafal semua benda tu.

“Jadi saya sangat-sangat enjoy walaupun saya dapat jadi PGL selama dua tiga hari saja, tapi insya-Allah saya cuba cari orang untuk buat PGL filem balik!,” jelasnya.

Mimi berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Polong yang di adakan di Hextar World, Petaling Jaya pada Rabu.

Ketika disoal mengenai wujudnya pertikaian mengenai pemilihan watak Puteri Gunung Ledang seperti yang tular baru-baru ini, Mimi menegaskan, dia  mempertahankan kemampuan yang dimiliki Aisha dan Mila.

“Aisha Retno kita tak boleh sangkal lagi semua orang tahu dia punya penggunaan pentas dia memang bagus, jadi saya rasa tak ada masalah pun.

“Saya rasa selagi orang tak menonton secara depan-depan mereka tak akan tahu.

“Jadi saya rasa insya-Allah kalau teater tu start nanti dapatlah mengubat hati orang-orang yang bercakap tu,’ ujarnya.

Terdahulu, pihak produksi Puteri Gunung Ledang The Musical tampil memberikan penjelasan susulan dakwaan segelintir pihak berhubung ketelusan dalam pemilihan barisan pelakon bagi pementasan ikonik berkenaan.

Menerusi kenyataan di Threads, pihak produksi menegaskan proses pemilihan dilakukan secara profesional tanpa sebarang unsur pilih kasih.

Artikel Berkaitan:Amir Ahnaf Belum ‘Ready’ Beraksi Dalam PGL, Mohon Maaf Kepada Tiara Jacquelina – “Kapasiti Saya Belum Matang”

Artikel Berkaitan:Penangan PGL 2020, 5000 Tiket Terjual Walaupun Belum Ada Pelakon?

Artikel Berkaitan:“Belum Masanya, Banyak Lagi Saya Harus Belajar” – Amir Ahnaf Tak Ralat Tolak Tawaran Bawa Watak Hang Tuah

Artikel Berkaitan:“Tiada Keistimewaan, Kami Dilayan Sama Rata” – Aisha Retno Nafi Guna ‘Cable’ Dalam Pemilihan Puteri Gunung Ledang 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 11 Nov 2023
Hiburan Wed, 16 May 2018

Cabaran Berpuasa Kali Ini Lebih Mencabar – Siti Nurhaliza

Siti akan cuba setakat yang mampu. Jika bekalan susu tidak terganggu dan Aafiyah juga kenyang, rasanya tiada masalah untuk berpuasa seperti biasa.

Trending Thu, 5 Jul 2018

Intai Isteri Orang Sedang Mandi, Lelaki ‘Misteri’ Ditangkap

Terkejut dengan keadaan itu, wanita berkenaan terus menjerit dan suaminya yang kebetulan berada di dapur nampak suspek tergesa-gesa membuka pintu belakang rumahnya.

Trending Thu, 22 Mar 2018

Jangan Tenung Lama-Lama Matanya. Takut Anda Tak Tidur Malam, Seram!

Tidak seperti kebanyakan boneka atau patung, yang menjadi peneman saat mahu tidur atau yang dikendong ke mana saja, yang satu ini membangkitkan perasaan aneh.

Featured Fri, 6 Dec 2024

PU Azman Akhirnya Mengaku Bersalah Sentuh K*mal*an Pelajar, Hukuman Penjara Ditambah

PU Azman mengaku bersalah atas pertuduhan lakukan amang s*ksual.

Trending Wed, 16 Jun 2021
Events Wed, 5 Jun 2019
Hiburan Fri, 11 Oct 2019
error: Content is protected !!