Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir September 19, 2023 @ 12:56pm

Puteri Zarith Fail Cerai Selepas 14 Tahun Kahwin – “Hubungan Kami Mula Bermasalah Sejak Tahun Lalu”

Usahawan dan pempengaruh, Puteri Zarith mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Dr Munzir Shkori pada Mei lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Zarith memberitahu hubungan mereka bermasalah sejak lebih setahun lalu dan membuat keputusan untuk berpisah secara baik.

“Kami sudah tiada persefahaman dan mengambil keputusan untuk berpisah serta fokus dengan kerjaya masing-masing.

“Hubungan kami mula bermasalah sejak lebih setahun lalu. Saya ambil keputusan untuk tidak teruskan perkahwinan ini supaya segala hal yang terjadi tidak memberi kesan buruk kepada kerjaya serta emosi anak-anak.

“Saya enggan masalah (rumah tangga) ini terus berpanjangan. Rasa penat bila benda negatif berada di sekeliling kita.

“Saya pilih untuk fokus pada ketenangan dan tak nak masalah ini terus mengganggu segala misi yang ingin dicapai,” ujarnya.

Menurut Puteri, rumah tangga yang dibina hampir 14 tahun itu sudah berusaha untuk dipertahankan namun dia menganggap jodoh mereka tidak berpanjangan.

“Tipulah kalau tiada usaha untuk berdamai sebab perkahwinan kami sudah lama. Masing-masing cuba mempertahankan rumah tangga ini, tapi mungkin jodoh kami sampai di sini.

“Kami berserah kepada Allah. Sepanjang proses ini saya sudah lakukan solat istikharah dan mungkin ini jalan terbaik untuk kami.

“Alhamdulillah hubungan kami masih baik terutama membabitkan urusan anak-anak walaupun mereka masih belum mengetahui mengenai perpisahan ini,” jelasnya.

Terdahulu, ramai mula berteka-teki mengenai status rumah tangga pasangan ini kerana jarang dilihat bersama meskipun di media sosial.

Status perhubungan mereka turut mendapat perhatian di TikTok apabila netizen mula membuat carian mengenai status rumah tangga mereka.

Untuk rekod, Puteri dan Dr Munzir Shkori mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2009 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 8 Aug 2025
Featured Thu, 8 Feb 2024

“Rasanya Lebih Baik Bertanya Kepada Mereka”- Misya Akhirnya Buka Mulut Isu Aslam, Marissa Kahwin Di Thailand

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Moga Misya terus kuat!

Hiburan Fri, 27 Apr 2018

Novel ‘Pulang’ Kongsi Kisah Sebenar Ahmad Izham Omar

Mengisahkan tentang seorang kelas bernama Othman yang berasal dari Serkam, Melaka yang menempuh pelbagai rintangan dan dugaan ketika belayar ke segenap pelusuk dunia untuk memenuhi janjinya mencari harta dan kekayaan buat isterinya, Che Tom dan anak lelaki tunggalnya, Omar.

Hiburan Sat, 28 Jun 2025
Hiburan Mon, 22 Jun 2026

“Tak Boleh Paksa, Kalau Nak Buat, Dah lama Dah…” – Lah Ahmad Reda V.E Sukar Bersatu Semula

Lah Ahmad mengakui dia sudah tidak mahu lagi meletakkan harapan tinggi untuk melihat bekas kumpulannya, V.E bersatu dan kembali aktif seperti suatu ketika dahulu.

Hiburan Tue, 30 Apr 2019

Watak Murad Dalam Kamar Kamariah Buat Fizz Fairuz DiBenci Peminat

Wow! siap ada hashtag #kecammurad lah pula

error: Content is protected !!