Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 22, 2026 @ 1:46pm

“Tak Boleh Paksa, Kalau Nak Buat, Dah lama Dah…” – Lah Ahmad Reda V.E Sukar Bersatu Semula

Penyanyi, Lah Ahmad mengakui dia sudah tidak mahu lagi meletakkan harapan tinggi untuk melihat bekas kumpulannya, V.E bersatu dan kembali aktif seperti suatu ketika dahulu.

Malah, Lah atau nama sebenarnya Abdullah Ahmad berkata dia pernah beberapa kali mengajak bekas anggota V.E untuk bersatu semula, namun memahami setiap daripada mereka kini mempunyai kehidupan dan minat yang berbeza.

“Orang memang nak tengok kami kembali bersama, tapi kalau mereka sendiri tak rasa nak buat, saya tak boleh paksa.

“Kami semua dah dewasa. Ada yang sibuk dengan perniagaan, insurans dan macam-macam lagi. Saya pula memang masih minat muzik, jadi saya teruskan,” katanya.

Menurut Lah, keinginan untuk menghidupkan semula V.E memang sentiasa ada, namun dia akhirnya belajar menerima hakikat bukan semua orang berkongsi impian yang sama.

“Saya okay sangat kalau nak bersatu kembali. Dari awal saya bergerak solo pun saya memang teringin nak ajak mereka semula.

“Tapi saya dah faham sekarang, benda macam ini tak boleh paksa. Kalau mereka nak buat, dah lama dah kami buat,” katanya.

Tambah penyanyi berusia 46 tahun itu, walaupun jarang bertemu, hubungan persahabatan antara mereka masih terjalin dengan baik.

“Ada jumpa sekali-sekala, tapi tak aktif dah. Allah yang susun semuanya, jadi kita hormat ruang masing-masing.

“Kami masih bersahabat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Lah berkata dia juga memahami dunia hiburan bukan lagi menjadi pilihan semua orang walaupun kerjaya sebagai penyanyi sering dilihat menyeronokkan dan penuh glamor.

“Muzik ini nampak seronok, nampak gah atas pentas. Tapi mungkin bukan semua orang masih ada minat ke arah itu.

“Kita boleh nampak kalau seseorang itu dah tak ada minat, jadi tak perlulah paksa,” katanya.

Bagaimanapun, Lah mengakui dia selesa dengan perjalanan kerjaya solonya ketika ini kerana lebih mudah menguruskan jadual dan komitmen kerja.

“Rindu itu ada, tapi saya juga selesa bergerak sendiri. Bila solo, lebih mudah untuk berurusan dengan pihak penganjur.

“Kalau dalam kumpulan, semua orang kena ada komitmen dan minat yang sama,” jelasnya.

Sementara itu, Lah bakal mengubat kerinduan peminat apabila bergandingan dengan Innuendo, Ruffedge, The Fabulous Cats serta Datin Alyah menerusi konsert Soul City: An R&B Night yang akan berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 10 Julai depan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 29 Jul 2025
Trending Tue, 31 May 2022
Hiburan Wed, 30 Jan 2019

Psst…Ini Sebab Korang Kena Tengok Spanar Jaya X!

Jangan lupa saksikan Spanar Jaya X bakal menemui penonton menerusi TV3 setiap Sabtu bermula 2 Februari 2019 jam 11 malam. Jangan lupa tengok okay! 

Hiburan Mon, 8 Oct 2018

Nabila Razali Antara Artis Yang Dikutuk Kerana Berpakaian Seksi, Betul Ke?

Semoga lepasni Nabila Razali lebih sensitif terhadap isu ini okay!

Featured Tue, 27 Jul 2021

Video Tular Di Internet: Netizen Dakwa ‘Deep Fake’, Cubaan Jatuhkan Pendakwah Terkenal

Sebuah video tular yang dikatakan mirip pendakwah terkenal mengejutkan ramai netizen di media sosial. Video yang mengandungi perlakuan tidak sopan tersebar dan warganet menyifatkan ia adalah video palsu. Netizen turut mendakwa ia merupakan salah satu […]

Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Geram! Ini Luahan Serina Redzuawan Terhadap Bekas Suami

How about (Macam mana pula) Gavin yang dengan sendiri melanggar perintah mahkamah tidak berkelakuan dan hidup dengan cara bukan Islam.

Hiburan Thu, 27 Feb 2020
error: Content is protected !!