Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 8, 2025 @ 12:09pm

“Serahkan Kepada Peguam, Shila Amzah Takkan Keluarkan Kenyataan Untuk Menjaga Emosi” – Pengurus

Kontroversi melibatkan penyanyi legenda Datuk Amy Search dan penyanyi terkenal Shila Amzah terus menjadi bualan hangat netizen.

Susulan insiden yang dikatakan membabitkan serangan secara verbal itu, pihak pengurusan Shila akhirnya tampil bersuara mengenai keadaan terkini penyanyi tersebut.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story (IGS) milik Shila, pengurusnya, Aini Shuhaidah menjelaskan, Shila tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan peribadi berhubung isu berkenaan buat masa ini.

“Shila tidak akan membuat sebarang kenyataan secara peribadi buat masa ini mengenai masalah yang sedang tular.

“Dan ini adalah fasa sukar dan emosi buat Shila. Sebagai seorang yang terlibat dalam insiden berkenaan, dia mengutamakan emosi dan menyerahkan segalanya kepada pihak peguam yang dilantik iaitu Nini Adila untuk prosedur lanjut berhubung kes.

Jelasnya, keputusan itu diambil demi menjaga emosi dan kesihatan mental Shila yang sedikit terganggu susulan kejadian mengejutkan itu.

“Saya dengan hormat meminta privasi, pemahaman dan belas kasihan agar Shila ruang untuk berdepan waktu sukar ini.

“Kami berharap untuk mendapatkan resolusi yang adil, hormat, dan adil untuk semua pihak yang terlibat.

“Terima kasih atas sokongan, doa, dan empati anda yang berterusan,” katanya.

Terdahulu, pihak peguam yang mewakili  Datuk Amy Search iaitu, Datuk M Reza Hassan sudah menghantar notis tuntutan (LOD) kepada penyanyi, Shila Amzah susulan kontroversi tular bulan lalu yang membabitkan mereka.

Peguam yang mewakili pelantun lagu Isabella itu memaklumkan, peguam yang mewakili Shila sudah ambil maklum dan meminta sedikit waktu untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini, Shila menyorot pwrhatian ramai apabila mendakwa dirinya menjadi mangsa serangan penyanyi rock legenda ketika hadir pada sesi latihan konsert Julai lalu.

Dakwa Shila, tindakan mengherdik dihadapan krew terlibat membuatkan dirinya berasa anxiety sekaligus bertindak membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.

Bahkan, Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, siasatan telahpun dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Penyanyi legenda tersebut juga telah dipanggil untuk diambil keterangannya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 18 Aug 2025

Menteri Sahkan Ada Elemen Buli, Pengabaian & Gangguan S*ksual Dalam Kes Zara Qairina

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan wujud siasatan terhadap elemen tersebut.

Featured Mon, 22 May 2023
Events Tue, 18 Sep 2018
Selebriti Wed, 6 Dec 2023
Hiburan Sun, 17 Apr 2022

Selepas ‘Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti’, Anneth Berganding Dengan Ade Govinda Dalam ‘Masih Belum Lupa’

Setelah kejayaan lagu Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti, penyanyi remaja popular Indonesia, Anneth Delliecia, 16, melancarkan sebuah single terbaru berjudul Masih Belum Lupa. Masih Belum Lupa.adalah hasil sentuhan Ade Govinda yang sebelum ini pernah […]

Hiburan Mon, 21 Apr 2025
Featured Wed, 4 Oct 2023
error: Content is protected !!