Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 18, 2025 @ 3:53pm

Menteri Sahkan Ada Elemen Buli, Pengabaian & Gangguan S*ksual Dalam Kes Zara Qairina

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan wujud siasatan terhadap elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual berkait kes kematian pelajar, Zara Qairina Mahathir, 13.

Menurut Saifuddin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah melengkapkan siasatan terhadap ketiga-tiga elemen berkenaan.

“Tak boleh ada usaha untuk menutup kalau ada unsur buli. Sekolah sepatutnya jadi tempat selamat untuk anak-anak kita.

“Ya, ada elemen pengabaian sebab arwah pernah buat aduan kepada pihak sekolah. Elemen gangguan seksual pun kita siasat.

“Sekarang terpulang kepada Peguam Negara untuk tentukan sama ada pendakwaan boleh dibuat atau tidak,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Peguam keluarga yang mewakili Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Shahlan Jufri mengesahkan memang wujud kecederaan pada tubuh remaja berusia 13 tahun itu seperti yang tular di media sosial.

Shahlan Jufri berkata, dia berada di bilik bedah siasat Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) selama lapan jam tanpa makan dan minum bagi memerhati setiap prosedur yang dijalankan oleh pasukan forensik.

“Sudah tentu ada kecederaan. Seperti yang kamu tahu di media sosial, begitulah.

“Jumlah tepat saya tak berapa ingat, tapi memang ada patah dan kecederaan,” jelasnya.

Terdahulu, pada 31 Julai lalu, polis memaklumkan, telah merakam keterangan 60 saksi berhubung kes kematian pelajar berkenaan.

Antara yang dipanggil termasuk tiga individu dikenali sebagai ‘Kak Wana’, ‘Kak Dedeng’ dan ‘Tomboi’ yang disebut mempunyai kaitan dengan insiden tragis ini.

Difahamkan, pada 16 Julai lalu, Zara Qairina ditemui dalam keadaan parah di bawah bangunan asrama sekitar jam 3 pagi sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Feb 2019

Eyra Hazali Sudah Bertudung, Semoga Kekal Istiqamah!

Alhamdulillah… semoga kekal istiqamah.

Trending Sat, 10 Apr 2021

Bukan Gimik! Ini Punca Kenapa Shaheizy Sam Menangis…

Ni memang sebak, min pun nak nangis dah….

Hiburan Sun, 23 Dec 2018

#Mentor7: ‘Saya Tak Boleh Kawal Pendapat Penonton’ – Pasya

Tujuan saya ke sini bukan bukan untuk sekadar mengejar gelaran juara tapi…

Hiburan Sat, 4 Feb 2023
Featured Tue, 14 Oct 2025

Kongsi Momen ‘Majlis Mitoni’ Ikut Tradisi Jawa, Siti Saleha Umum Bakal Timang Anak Lelaki

Pelakon jelita, Siti Saleha berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan dia dan suaminya, Joshua Fitton, bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Hiburan Mon, 27 May 2024

Berjaya Raih Keputusan SPM 6 A, Kak KM Hadiahkan RM10,000 & Kereta Mercedes Pada Anak!

Wahhh, bestnya!!! Sweet tengok Kak KM meraikan kejayaan anaknya ❤️❤️

error: Content is protected !!