Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida December 23, 2018 @ 9:00am

#Mentor7: ‘Saya Tak Boleh Kawal Pendapat Penonton’ – Pasya

Malam ini bakal berlangsung konsert separuh akhir program Mentor 7 di mana lima protege bakal berentap.

Salah seorang protégé yang disebut bakal mara ke pentas final adalah Pasya atau nama sebenarnya Faizul Ashraf Fauzi.

Pasya ketika ditemui memberitahu dia menyifatkan harapan penonton selama lapan minggu berada dalam program ini sebagai tanggungjawab besar.

“ Mara atau tidak ke konsert final adalah perkara kedua. Saya tidak dapat mengawal pendapat penonton terhadap saya.

“ Tujuan saya ke sini bukan bukan untuk sekadar mengejar gelaran juara tetapi untuk membuka mata rakyat Malaysia kesungguhan saya untuk serius dalam bidang nyanyian,” katanya.

Protege kepada Aizat Amdan ini memaklumkan sekiranya dia bergelar juara untuk Mentor musim ini, ia adalah bonus.

“ Kalau menang saya anggap ia rezeki tetapi kalau kalah, saya okay. Saya percaya rezeki tidak pernah salah alamat. Sukar nak jangka sama ada saya layak bergelar juara. Yang penting, saya akan buat yang terbaik,” katanya memberitahu mahu membawa lagu Tamil jika diberi kesempatan.

Konsert separuh akhir Mentor 7 bakal bersiaran jam 9 malam ini hanya di TV3 yang bakal menyaksikan Pasya, Azmirul, Zaaim, Lazarul dan Ranisha mengejar tempat di konsert final. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Jun 2026

Netizen Ucap Tahniah Buat Umisya Mazlan, Harap Aslam Lebih Menghargai Isteri – “Menang Tanpa Bertanding”

Netizen membanjiri hantaran Umisya Mazlan dengan ucapan tahniah serta meluahkan rasa kagum terhadapnya atas kesabarannya menempuh ujian rumah tangga

Featured Mon, 24 Jan 2022

Akibat Penggal Kepala Ibu, Suspek Kini Berdepan Hukuman Gantung

Baru-baru ini bapa kepada suspek yang dipercayai memenggal kepala ibunya pada 15 Januari lalu di kediaman mereka yang terletak di Kampung Baru Pasir Penambang, Kuala Selangor dikatakan telah memaafkan perbuatan anaknya itu. Namun, harini Mahkamah […]

Featured Sat, 18 Apr 2026

Busana Unik Diperbuat Dari 150 Helai Tuala ‘Legend’, Aina Abdul Terkilan Persembahan Di AJL40 Separuh Akhir Alami Masalah Teknikal

Aina Abdul terkilan apabila persembahannya di pentas separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40 SA) tidak berjalan seperti dirancang.

Hiburan Thu, 12 Sep 2019

泰风来袭!dimsum 携9位泰星来马开唱

泰风来袭!dimsum携9位泰星来马开唱,Sunny和霸总Tor 11月来马会粉丝。

error: Content is protected !!