Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 17, 2022 @ 7:32am

Selepas ‘Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti’, Anneth Berganding Dengan Ade Govinda Dalam ‘Masih Belum Lupa’

Setelah kejayaan lagu Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti, penyanyi remaja popular Indonesia, Anneth Delliecia, 16, melancarkan sebuah single terbaru berjudul Masih Belum Lupa.

Masih Belum Lupa.adalah hasil sentuhan Ade Govinda yang sebelum ini pernah menghasilkan lagu berhantu Tanpa Batas Waktu dendangan Fadly dari kumpulan Padi.

“Projek lagu ini adalah antara yang terpanjang pernah dihasilkan kerana banyak penambah baikkan dan juga pengubah suaian dilakukan sepanjang perjalanan untuk menyiapkannya.

“Sewaktu proses membuat lagu Masih Belum Lupa, saya merasakan hanya Anneth yang bersesuaian untuk membawakan lagu itu, kerana bagi saya dia seorang penyanyi yang sangat istimewa kerana mampu menyanyi dan bikin lagu.

“Tidak ramai penyanyi yang mampu menulis lagu, selain kualiti vokal dimiliki Anneth yang pada saya berada pada kelasnya yang tersendiri. Sewaktu saya ‘approach’ Anneth, saya memberikan master dan video lagu Mungkin Hari Ini kepadanya sebagai rujukkan sebelum proses rakaman dilakukan.

“Selain itu, saya juga memberi peluang kepada Anneth untuk menambah baik bahagian yang dirasakan bersesuaian dan perlu kerana dia juga berpengalaman menulis lirik. Jadi saya mempercayai kebolehannya itu,” kata Ade.

Sementara itu, Anneth pula berkata, dia sudah lama mengidolakan karya Ade Govinda. Justeru, saat menerima tawaran untuk berkolaborasi, tanpa berfikir panjang dia terus bersetuju menerima lamaran daripada Ade.

“Saya memang sudah lama mengagumi karya-karya Ade seperti Tanpa Batas Waktu yang memang sangat hebat. Tapi saya tidak menyangka akhirnya berpeluang untuk berkolaborasi dengannya dalam sebuah projek.

“Dari awal sebelum masuk ke studio untuk proses rakaman, Ade memberi peluang kepada saya untuk mendengar dan study lagu itu terlebih dulu. Sebaik memperdengarkan lagu itu, saya akui ia sebuah karya yang sangat bagus, tapi sesi rakaman sangat mencabar.

“Proses rakaman berlangsung sehingga ke malam kerana banyak penambah baikkan perlu dilakukan dari sudut vokal, dan ini bagi saya adalah lagu paling susah pernah saya nyanyikan,” kata Anneth.

Masih Belum Lupa diterbitkan oleh MyMusic Records dan berkolaborasi dengan Rans Musik sebagai label Anneth.

Masih Belum Lupa tersedia di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox Deezer dan YouTube manakala video muziknya akan ditayangkan di Youtube MyMusic Records.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 2 Aug 2019

OT8 Reunited and Got SONEs Emotional, Following Tiffany’s Birthday

It was such an emotional day for SONEs all over the world.

Featured Wed, 22 Jun 2022

[VIDEO] “Saya Masih Single Okay!” – Ira Kaza

Tuan badan dah buka mulut bagi ‘hint’ tu, harapnya semua baik-baik saja 😊

Hiburan Mon, 15 Dec 2025
Trending Fri, 19 Feb 2021

Pelajar Gemarkan Konsep DidikTV Kerana Pendekatan Silibus Pelajaran Yang Lebih Menarik

Baru sahaja dilancarkan pada 17 Februari yang lalu Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, DidikTV telah menerima pelbagai maklum balas yang baik dan menjadi buah mulut dalam kalangan ibu bapa, guru dan pelajar. Masakan […]

Hiburan Thu, 5 Dec 2019

Asyik Watak Lelaki Sweet, Alif Satar Nak Cuba Benda Baharu

Kali terakhir saya berlakon watak berat dalam drama Pia. Insha Allah kalau ada tawaran yang mencuit hati, saya mahu cuba…

Hiburan Thu, 14 Jun 2018
error: Content is protected !!