Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida December 5, 2019 @ 2:01pm

Asyik Watak Lelaki Sweet, Alif Satar Nak Cuba Benda Baharu

Penyanyi Alif Satar mengaku masih menunggu tawaran berlakon watak lebih mencabar untuk tahun depan.

Alif ketika ditemui di majlis pelancaran Enrich Hotels memberitahu dia sudah bersedia untuk kembali aktif dalam dunia lakonan.

“Saya tidak kisah diberikan watak apa sekalipun cuma kalau boleh biarlah yang mencabar dan di luar kebiasaan.

“Watak sweet-sweet saya dah banyak kali saya lakonkan. Kali terakhir saya berlakon watak berat dalam drama Pia. Insha Allah kalau ada tawaran yang mencuit hati, saya mahu cuba,” kata Alif yang membawa watak Zafran dalam drama terbitan JS Pictures.

Dalam perkembangan lain, Alif kini dalam proses mengatur jadual seni untuk tahun 2020.

“Buat masa ini saya sibuk menghadiri undangan persembahan, mesyuarat. Kalau tiada kerja di luar saya pasti duduk di rumah melayan anak-anak.

“Saya juga baru selesai mempromosikan single I Want You To Love Me. Selepas ini, jika tiada aral saya akan tampil dengan single duet terbaharu bersama kumpulan Raihan,” katanya ringkas.

Kolaborasi Alif dan Raihan dalam lagu Sesungguhnya 2019 berjaya mendapat perhatian ramai selepas mendapat lebih 18 juta tontonan di Youtube.

Oleh: Fas

Pix: Instagram Alif Satar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 17 Mar 2024

Ifa Raziah Akur Penarikan Diri Ruhainies  – “Harap Semua Berpuas Hati”

Kesian Ruhainies, ramai nampaknya yang boikot ek😱😱😱

Selebriti Sun, 21 Apr 2024
Hiburan Thu, 12 Jun 2025

Jasmine Project Love Musim Kedua Tamat Dengan Penuh Emosi, RM200,000 Berjaya Dikumpul!

Jasmine Project Love musim kedua di 8TV melabuhkan tirainya dengan sebuah majlis penghargaan yang cukup bermakna.

Hiburan Sun, 5 Oct 2025
Hiburan Sun, 4 Feb 2018

Selepas 6 Tahun Bercinta, Mikael Deaz Dedah Hubungan Dengan Ratu Cantik Dunia 2013.

“Saya tahu, pasti ramai yang akan terkejut apabila mengetahui usia hubungan cinta kami. Bukan sengaja merahsiakan tetapi saya kurang gemar berkongsi cerita peribadi,” kata Mikael Daez.

Featured Mon, 18 Nov 2024

“Ramai Je Isteri Yang Sanggup Berhabis Untuk Keluarganya”- Watie Hanifiah

Watie juga tidak mahu netizen membandingkan cara hidupnya yang lama dengan kehidupan Shuib yang dahulu.

error: Content is protected !!