Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 18, 2024 @ 1:33pm

“Ramai Je Isteri Yang Sanggup Berhabis Untuk Keluarganya”- Watie Hanifiah

“Soal bersedekah dan pahala ni seeloknya dibuat dalam diam”.

Demikian respons yang diberikan isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah selepas namanya terpalit dengan dakwaan dan fitnah oleh seorang pengguna media sosial di TikTok.

Kata Watie, dia terpanggil untuk membuat penjelasan mengenai isu  mengerjakan umrah dengan menggunakan pakej mewah.

Ini kerana,  ramai yang mengaitkan isu tersebut dengan masalah yang berlaku dalam syarikat suaminya seperti yang tular sebelum ini.

“Mummy terpanggil harini untuk buat penjelasan sebab nampakya makin ramai yang dah terbuat fitnah tanpa sedar.

“Kaitkan soal umrah dan isu company suami Mummy.

“Walaupun sebanarnya benda ni tak perlu pun Mummy jelaskan, tapi Mummy harap semoga kita dapat mengurangkan dosa sesama kita.

“Soal bersedekah dan pahala ni memang seeloknya di buat dalam diam…Tapi nampaknya bila didiamkan, makin banyak yang dah tersalah anggap.

“Alhamdulillah berkat menjaga anak-anak rezeki yang Allah bagi pada Mummy dapat Mummy share dengan suami dan anak-anak.

“And Mummy rasa ramai je isteri yang sanggup berhabis untuk kebahagiaan rumah tangga mereka,” katanya.

Dalam hantaran sama, Watie kelihatan memuat naik sepotong video pendek  pemilik akaun TikTok terbabit yang menyentuh mengenai gaya hidup Watie dan bagaimana keluarga itu pergi menunaikan umrah dengan pakej mewah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

 

Mengaku kesihatan mentalnya sedikit terganggu, Watie berharap tidak ada lagi orang di luar sana yang suka membandingkan kehidupannya yang dulu dan ketika Shuib masih bersama arwah Siti Sarah.

“Dengan isu yang menimpa suami Mummy. Mummy harap tak ada yang kaitkan soal lifestyle Mummy & compare kan dengan kehidupan ketika bersama arwah.

“Tak dinafikan sedikit sebanyak ia mengganggu mental health Mummy… Mummy pun ada hati dan perasaan.. And Mummy pun ada anak-anak yang perlu diberi perhatian,” jelasnya.

Sementara itu, Watie juga menegaskan bahawa harta milik arwah masih tersimpan rapi untuk anak-anaknya.

“Yang mana komen dan risau tu, Insya-Allah harta arwah elok tersimpan rapi untuk anak-anaknya… Mummy tak sentuh.

“Hopefully sama-sama lah kita menjaga kata-kata,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Watie Hanifiah Puasa Sunat, Harap Allah Permudahkan Urusan Mahkamah Shuib – “Terima Kasih Selalu Ada…”

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Gagal Bayar Cukai Perkhidmatan RM1.6 Juta… Shuib, Pengarah Bubblebee Mengaku Tidak Bersalah Atas 6 Pertuduhan

ARTIKEL BERKAITAN:Kesal Suami Difitnah Seleweng Duit Syarikat, Watie Hanifiah Dedah Shuib Guna Wang Simpanan Bayar Gaji Pekerja

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 30 Aug 2025
Featured Tue, 26 Apr 2022
Featured Thu, 10 Oct 2024

Anak Maut Dirempuh SUV, Penolong Pengarang BH Patah Balik Dari Umrah Demi Tatap Wajah Arwah

Allahu, baru je seminggu depa hantar masing-masing pergi belajar😰💔

Hiburan Thu, 29 Mar 2018

Ini Boyfriend Baru Elfira Loy!

Gambar yang tular di media sosial menunjukkan mereka keluar makan bersama membuatkan netizen mula membuat spekulasi apakah status sebenar El dan Asyraff Mazlan ini

Trending Mon, 1 Oct 2018

Proses Gali Semula Kubur CEO Cradle Fund Rabu Ini

Pada 4 Sept lalu, isteri kepada Nazrin dan bekas suaminya ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes, seterusnya pada 9 Sept lalu, turut ditahan reman dua anak tiri Nazrin yang berusia 14 dan 16 tahun.

Trending Tue, 19 Jun 2018

Anak bekas Exco Terengganu Maut Dalam Kemalangan

Ketua Jabatan Siasatan dan Pengkuatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Abd. Razak Hasan berkata, kejadian yang berlaku di simpang tiga itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Persona dipandu wanita berusia 30 tahun dan mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR.

error: Content is protected !!