Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 6, 2023 @ 6:30pm

Gara-Gara Elly Mazlein & Rina Nose, Netizen Terkejut Tengok Gelagat Ramli MS -“Tok Ram Pun Dah Masuk Air Sekarang!”

Aksi pengacara popular, Elly Mazlein dan Rina Rose sekali lagi mencuri perhatian selepas tampil menghangatkan suasana program nyanyian popular baru-baru ini apabila menyanyikan lagu berjudul Bertemu dan Berpisah sebaik sahaja memperkenalkan Datuk Ramli MS di atas pentas.

Menerusi hantaran yang dikongsikan semula oleh peminat di Tiktok, video berdurasi lebih satu minit memaparkan Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina bersama-sama Rina Nose tampil mengusik Datuk Ramli apabila tidak menghiraukan kata-kata juri jemputan itu.

“Kalau tak gila bukan Kepom dan Rina Nose namanya.

“Macam tu je di gula-gulakan Tok Ram,” tulis pada paparan skrin berkenaan.

Malah, ada yang menyifatkan sejak Elly Mazlein kerap bertemu dan mengacarakan program bersama pemuzik terkenal itu, sifatnya yang serius kini bertukar menjadi lucu dan spontan.

Bahkan, rata-rata netizen terkejut dengan tindakan Datuk Ramli MS atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ram apabila dengan selamba menegur rakannya iaitu Datuk Jalaluddin Hassan yang turut hadir pada program berkenaan.

“Sejak kerja dengan Kak Lina ni, Tok Ram pun dah terlebih masuk air.

“Tok Ram ni kelakar rupanya. Dulu serius je muka sekarang dah jadi pelawak.

“Aku terkejut dengar Tok Ram cakap ‘Eh, my friend!

“Aku tengok Tok Ram sekarang dah lain, dah makin happy. Dulu dialah terpaling serius.

“Tok Ram dah rosak dikerjakan Roy Azman. Tok Jalal pun sama!,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 600,000 tontonan dan menerima pelbagai respon dalam kalangan netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 14 Nov 2019

Teguran Berhemah Zul Yahya Mengenai Foto Tular Dipuji Netizen

Terimalah teguran Zul Yahya dengan hati yang terbuka ya?

Featured Fri, 31 Mar 2023
Trending Wed, 11 Jul 2018

Jho Low Tidak Lagi Di Macau

PDRM menerima emel daripada pihak berkuasa negara berkenaan dua hari lalu memaklumkan mengenai status serta lokasi terkini Jho Low.

Hiburan Tue, 3 Oct 2023

[VIDEO] Terima Ugutan Bunuh Gara-Gara Live Dengan Ira Kazar, Isteri Azlan Komeng Buat Laporan Polis – “Aku Tak Backup Dia…”

Nilam bertegas ada ‘hentam’ Ira Kazar secara bersemuka, tak backup isteri Syamsul

Hiburan Thu, 30 Jan 2020

Radhi OAG Sertai Tabligh

Rumah tangga yang dibina kali kedua hanya mampu bertahan selama 5 tahun sahaja, penyanyi kumpulan OAG, Radhi mengaku sukar berdepan dengan perceraian dan hampir kemurungan selepas perpisahan tersebut. Menurut Radhi, perceraian tersebut memberi kesan besar dalam dirinya […]

familuv Wed, 8 Apr 2020

4 cara menangani si kecil yang cemburu

Ibu bapa perlu peka emosi anak

Hiburan Thu, 9 May 2019
Hiburan Wed, 8 Nov 2023
error: Content is protected !!