Euforia Bola 2026
familuv By: Shaidah Shafie April 8, 2020 @ 11:21am

4 cara menangani si kecil yang cemburu

Cemburu dalam kalangan kanak-kanak mungkin dianggap remeh kerana apalah sangat yang boleh dicemburukan oleh kanak-kanak berusia setahun atau dua tahun?

Lebih menyulitkan keadaan jika kita menganggap kanak-kanak sememangnya berperangai begitu, gemar menunjukkan perangai dengan menangis tanpa sebab walaupun hakikatnya mereka sebenarnya mahu menzahirkan rasa cemburu.

Cemburu itu mungkin juga berpunca daripada kehadiran bayi yang baru dilahirkan ibu atau si kecil anda tidak mendapat sesuatu yang dikehendakinya.

Jika si kecil menunjukkan perangai begitu, ibu bapa mungkin tidak akan berasa risau kerana tahu anak sedang melahirkan perasaan marah atau cemburu, tetapi bagaimana pula jika anak menangis secara senyap dan tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa mereka tidak berpuas hati terhadap sesuatu?

Pastikan si kecil tidak terlepas daripada pandangan mata anda agar dia tahu anda sayangkan dia – gambar hiasan. Foto: NSTP.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam perkongsian di laman sesawangnya menyarankan ibu bapa agar melihat sikap anak yang berkelakuan begitu dari sudut positif.

Perkara penting yang perlu dipastikan selain bertindak menghukum anak ialah anak selamat dan ibu bapa sendiri dapat mengawal diri daripada menunjukkan kemarahan terhadap sikap si kecil sama ada di rumah atau di khalayak awam.

Elakkan juga daripada memarahi atau berjanji membelikan sesuatu sekiranya mereka menunjukkan kelakuan baik kerana tindakan itu akan menjadikan sikap si kecil lebih teruk.

Layan kerenah anak jika dia menunjukkan sifat ingin tahu yang membina – gambar hiasan. Foto: NSTP.

Hijab & Heels kongsikan lima cara ringkas bagimana menangani si kecil yang memperlihatkan perangai dalam bentuk berbeza, iaitu menangis secara diam dan senyap:

1. Peka akan tingkah laku anak, pastikan mereka tidak lepas daripada pandangan anda dan ajak mereka berbual dalam bahasa yang mudah. Walaupun berusia dua atau tiga tahun, ingat si kecil juga mempunyai naluri kemanusiaan dan mahu dihargai.

2. Dahulukan si kecil yang sudah bergelar abang atau kakak berbanding adik mereka yang baru dilahirkan supaya mereka faham bahawa mereka tidak diketepikan.

3. Ajak mereka mengenali adik yang baru dilahirkan, benarkan mereka sentuh adik kecil mereka dan cuba tanya apa yang membuatkan mereka sayang kepada adik kecil itu.

4. Pastikan juga si kecil ada dalam rutin penjagaan bayi anda agar mereka berasa penting dalam hidup kedua-dua ayah dan ibunya. Jika mahu memandikan bayi, biarkan mereka ada di sisi atau minta tolong mereka pegang tuala untuk adik kecil mereka.

Benarkan anak lakukan sesuatu yang mereka gemar kerana dengan dengan tindakan berkenaan, mereka tahu ibu bapa memahami kehendak mereka – gambar hiasan. Foto: NSTP.

Dengan langkah itu, si kecil akan faham bahawa mereka adalah ‘orang penting’ dan ibu bapa mereka tetap sayangkan mereka walaupun sudah mempunyai adik kecil.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Sep 2022
Featured Thu, 27 May 2021

Vaksin AstraZeneca Tidak Lagi Ditawarkan Secara Sukarela, Akan Kembali Kepada PICK

Berikutan permintaan Vaksin AstraZeneca yang semakin tinggi, kerajaan tidak lagi akan ditawarkan secara sukarela, sebaliknya akan dimasukkan kembali ke dalam senarai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Perkara itu dimaklumkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap […]

Featured Thu, 21 Sep 2023
Featured Tue, 10 Mar 2026

Lagu ‘Jodoh Lebaran’ Terima Pujian Siti Nurhaliza, Aisha Retno Terharu – “Sayang TokTi! Tidur Lena Je Lah Malam  Ni”

Penyanyi berbakat, Aisha Retno meluahkan rasa terharunya apabila lagu Raya miliknya berjudul, ‘Jodoh Lebaran’ menerima pujian daripada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

error: Content is protected !!