Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 18, 2023 @ 3:15pm

Peguam Syamsul Yusof Perjelas Punca Tak Jadi Cerai & Tuntutan Diskaun Nafkah Antara Puteri Sarah – “Jangan Tengok Sebelah Pihak Sahaja”

Selepas kata sepakat gagal dicapai oleh pasangan selebriti, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana berhubung kes perceraian mereka, Peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Syamsul di dalam prosiding berkata, proses hari ini tidak mencapai persetujuan dek kerana terdapat perubahan dalam perjanjian yang telah disepakati.

Menurutnya, terdapat perubahan dalam perjanjian yang telah disepakati bersama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38 sebelum ini.

Malah, punca kata sepakat gagal dicapai adalah disebabkan Sarah mahu meneruskan perbicaraan perintah injuksi terhadap isteri kedua Syamsul Yusof iaitu, Ira Kazar dan keluarganya termasuklah, tuntutan Mutaah yang tinggi.

“Pada hari ini telah ditetapkan tarikh seterusnya bagi kes perceraian Puteri Sarah dan Syamsul Yusof dan dukacita dimaklumkan bahawa, apabila kami menyerahkan draf perjanjian yang telah disepakati kepada Puteri Sarah kami mendapati ada perubahan telah dibuat.

“Jadi Puteri Sarah masih ingin meneruskan perbicaraan kes antaranya, yang terdapat di dalam perjanjian itu termasuklah meneruskan kes terhadap Ira Kazar dan keluarganya dan juga Puteri Sarah telah menuntut Mutaah yang tinggi dan harta-harta yang lain. Bagaimanapun ia tidak disepakati sebelum ini,” katanya  ditemui seusai prosiding cerai pasangan itu di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

Justeru itu, Azmi memaklumkan pihaknya juga telah mencadangkan beberapa terma, namun terma tersebut tidak dipersetujui oleh pihak Puteri Sarah selain proses awatankuasa Pendamai (JKP) difahamkan tidak menepati rang Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

“Kami telah mencadangkan beberapa terma tapi tidak dipersetujui oleh Puteri Sarah. Jadi dari segi penyelesaian tidak ada.

“Justeru itu, kes ini telah dibawa ke Dewan Mahkamah untuk perceraian (Dewan 8). Kami terpaksa membantah terhadap cara pengendalian Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) yang telah dilakukan sebelum ini.

“Kami berpendapat dan menyatakan kepada hakim bahawa, Majlis Jawatankuasa Pendamai (JKP) itu telah dijalankan secara berasingan dan tidak menepati rang Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

“Sepatutnya JKP itu dijalankan secara serentak maksudnya, pengerusi JKP, suami isteri, dan wakil-wakil serentak dan bukannya secara berasringan kerana wakil-wakil tidak tahu apa yang pihak sini nyatakan begitu juga sebaliknya.

“Jadi kami telah menyatakan bantahan terhadap pihak Sarah sebagaimana yang tercatat dalam ikrar Syamsul.

“Sekarang yang arif hakim hanya dapat membaca laporan JKP yang hanya dapatan dari pihak-pihak. Jadi dia nak menyiasat lalu dia akan sapina (hukuman/ penalti) pengerusi JKP untuk hadir dan menjelaskan laporan JKP nya pada tarikh yang akan datang,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

Ketika ditanya mengenai diskaun nafkah yang diminta oleh pengarah Mat Kilau itu, Azmi bagaimanapun menjelaskan ia sebenarnya adalah terma antara pihak-pihak terlibat.

“Awak jangan tengok dari sebelah pihak sahaja. Nafkah itu satu hal, ada pasal aset dan penjagaan anak.

“Kalau dilihat perjanjian itu ada rujukan kepad aaset-aset, jadi sama ada ia harta penceraian atau sebaliknya, itu saya tidak boleh komen sekarang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Azmi menegaskan isu JKP ini timbul selepas kata sepakat gagal dicapai oleh pasangan terbabit.

“Isu JKP ni timbul selepas kedua-duanya gagal capai kata sepakat iaitu selepas penyelesaian tidak boleh diperolehi dan isu JKP hanya dibangkitkan hari ini kerana ini adalah sesi dia.

“Dan secara konklusinya kenapa Syamsul tidak menceraikan Sarah adalah disebabkan tidak ada perjanjian yang menyeluruh dan puteri sarah masih ingin meneruskan kes terhadap Ira Kazar dan keluarga,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

Dalam prosiding terdahulu, mahkamah sama menetapkan hari ini untuk Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin secara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Sementara itu, Syamsul tidak mahu memberi sebarang komen, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada peguam untuk mengeluarkan kenyataan.

“Apa yang terjadi hari ini itulah keputusannya. Saya hanya mengikut prosedur mahkamah. Saya reda dengan apa yang terjadi dan teruskan sahaja,” kata Syamsul.

Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas pada 25 Mei depan.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 29 Dec 2022
8TV Thu, 3 Nov 2022
Featured Mon, 27 Mar 2023

[VIDEO] “Orang Pergi Korea Beli Skincare, Dia Beli Ulam!” – Gelagat Noor Nabila & Rosix Curi Perhatian

Kalau Bella dan Rosix dah start gelak dengan min -min sekali gelak dinosour🤣🤣🤣

Featured Sat, 20 Dec 2025

Zahiril Adzim Tak Kejar Populariti, Akui Drama Buat Orang ‘Ingat’ – “Saya Buat Cara Saya Untuk Setiap Watak”

Zahiril menegaskan pemilihan drama bukan bermakna mengorbankan kualiti, sebaliknya disesuaikan dengan cita rasa penonton masa kini.

Hiburan Sat, 30 Jun 2018

Nokia 6.1 Dalam Perjalanan Ke Malaysia?

Nokia Mobile MY telah mempertontonkan video peranti Nokia 6.1 dengan ayat membayangkan peranti tersebut akan mula mendarat di Malaysia. Mengikut maklumat dari Nokia Malaysia, setakat ini cuma peranti Nokia 7 Plus dan Nokia 1 sahaja yang dibawa masuk secara rasmi oleh […]

Trending Tue, 21 May 2019

Perang Telefon Pintar Huawai Dan Apple, Apa Nasib Syarikat Huawei?

Dipercayai motif di sebalik tindakan itu adalah kerana Amerika Syarikat percaya bahawa telefon pintar Huawei dari negara China dapat mengintip kegiatan yang berlaku di AS.

Hiburan Sun, 20 Jan 2019
Trending Tue, 19 Jun 2018

Anak bekas Exco Terengganu Maut Dalam Kemalangan

Ketua Jabatan Siasatan dan Pengkuatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Abd. Razak Hasan berkata, kejadian yang berlaku di simpang tiga itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Persona dipandu wanita berusia 30 tahun dan mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR.

Hiburan Tue, 27 Feb 2018

“Saya Tahu Apa Saya Buat” – Neelofa Jawab Isu Kelab Malam

Tindakan Lofa yang katanya ingin mengikut tema itu nyata mengundang kontroversi pelbagai pihak sehingga ada yang melabel beliau sebagai biadap kerana menyentuh sensitiviti masyarakat

error: Content is protected !!