Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 5, 2025 @ 7:48am

Penyanyi Rap Popular 90-an Nico Meninggal Dunia Dalam Tidur

Penyanyi rap dan anggota kumpulan Nico G, Nico meninggal dunia dalam tidurnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur, sekitar jam 11 malam tadi.

Memetik laporan BH Online, pemergian Allahyarham Nico atau nama penuhnya Abdul Fashah Abdul Aziz, 52, disahkan oleh bekas pengurus Nico, Ayob Abd Majid.

Menurut Ayob, dia menerima panggilan kira-kira jam 11.15 malam yang memaklumkan mengenai pemergian arwah.

“Saya diberitahu arwah singgah ke rumah rakannya di Kampung Baru selepas membawa Grab untuk berehat sekejap.

“Sudah menjadi kebiasaan, arwah akan singgah ke Kampung Baru, walaupun tinggal di Cheras.

“Bagaimanapun, arwah sudah tidak bergerak ketika rakan cuba mengejutkannya. Jenazah arwah kini dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat,” katanya.

Mengulas mengenai punca kematian, Ayob memaklumkan dia tidak mengetahuinya secara lanjut dan pihak keluarga meminta agar menunggu hasil bedah siasat yang dijangka diperoleh pagi ini.

Nico pernah mencipta fenomena bersama kumpulan Nico pada era awal 1990-an yang turut dianggotai oleh Affa dan Dino.

Kumpulan itu asalnya dikenali sebagai Network International Chicanos Organization atau singkatannya Nico dan mula mencuri perhatian menerusi lagu popular Inilah Nasibku pada tahun 1993.

Album pertama mereka berjudul Buatan Los Angeles, diikuti oleh album Realiti (1995) dan Alamak! (1996).

Mereka turut muncul kembali pada tahun 2003 dengan kemunculan ahli baharu, Ezad, menerusi album Ops Kecoh.

Selepas sekian lama menyepi, kumpulan ini kembali aktif dengan barisan asal di bawah nama baharu, Nico G, sebagai usaha penjenamaan semula.

Sumber, Kredit Foto: BH Online / mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 31 Mar 2022
Hiburan Wed, 25 Oct 2023
Trending Thu, 23 Aug 2018

‘Yang Mai Hantaq Orang Tua Ni Pasaipa’, Video Warga Emas Jual Kerepek Undang Air Mata

Depan mata aku pakcik ni nak tersembam, cepat kaki aku melangkah sambut pakcik. Terus ayaq (air) mata berderai. Bila tanya dah makan ke belum, dia jawab dak (belum) lagi, lapar…

Hiburan Sun, 30 Sep 2018

Jangan Lepaskan Peluang Untuk Tengok Selebriti Kita Ni Beraksi!

Jangan lupa saksikan Celebrity Fitness Hustle Hunt pada setiap minggu hanya di tonton dan saluran feel it ntv7 anda!

Featured Tue, 7 Dec 2021

Kekal Menjaga Aurat ketika Bercuti, Netizen Akui Kagum Dengan Zizi Kirana

Cantik je bila menutup aurat kan…. terpancar Nur tu ♡

Hiburan Wed, 27 Feb 2019

Demi Album Pertama, Ayda Jebat Sanggup Berulang Alik Ke Jakarta

Lama dah kita tak dengar Ayda bawakan lagu Balada kan? Good Luck Adik!

Hiburan Wed, 11 Dec 2019

Penyanyi Roxette, Marie Fredriksson Meninggal Dunia

Terkenal dengan lagu hitnya, ‘It Must Have Been Love’ akhirnya pergi juga pada usia 61 tahun

error: Content is protected !!