Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida August 23, 2018 @ 1:11pm

‘Yang Mai Hantaq Orang Tua Ni Pasaipa’, Video Warga Emas Jual Kerepek Undang Air Mata

Hiba…Apa tidaknya, seorang warga emas ini mula mencuri perhatian ramai apabila beliau ditemui berjalan seorang diri menggunakan walker sambil menjual kerepek.

Dengan langkah perlahan, lelaki ini membawa bakul mengandungi plastik berisi kerepek di sekitar bandar Jitra.

Difahamkan, menerusi video yang memaparkan pakcik ini menjual dengan keadaan lemah tak bermaya, kelihatan seorang seorang lelaki dipercayai peniaga di kawasan itu membantu mengangkat alat bantuan jalan milik pakcik berkenaan, sebelum memimpinnya untuk berjalan.

Perkongsian menerusi akaun Facebook Suhaida Nabila Binti Jamal Abdul Nasir, wanita ini menulis, “Allahuakhbar depan mata aku. Tergamak anak buat macam ni. Esok nak raya hantar ayah suruh jual kerepek. Ayah kalau sihat tak apa. 

“ Depan mata aku pakcik ni nak tersembam, cepat kaki aku melangkah sambut pakcik. Terus ayaq (air) mata berderai. Bila tanya dah makan ke belum, dia jawab dak (belum) lagi, lapar,” tulisnya.

Lebih menyedihkan, pakcik ini memiliki seorang anak, menantu dan cucu di mana kesemuanya masih sihat belaka.

“ Yang mai hantaq orang tua ni pasaipa ? Dengan keadaan dia macam ni, dia kena rehat. Tambah-tambah esok nak raya.

“Salah satu punca rezeki sempit adalah layanan anak kepada orang tuanya. Nasihat untuk diri aku juga. Ya Allah…. mama abah,” katanya sebak.

Warga emas itu memaklumkan kerepek yang dijual berharga RM5 sepeket.

Kami doakan agar pakcik sentiasa di bawah lindungan Allah SWT dan diharapkan agar pihak bertanggungjawab iaitu keluarga lebih bertimbang-rasa dengan kesihatan ayahanda kalian…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 16 Feb 2025
Trending Tue, 7 Aug 2018

「世界最多毛女子」结婚啦!为老公愿意一直剃毛

这名来自泰国的17岁女孩 Sumatra Sasuphan 与一般人不同,出生时她的鼻孔只有一公厘宽,且身上还是长满毛发,连脸上都有……

Hiburan Mon, 21 Oct 2024
Hiburan Thu, 25 Sep 2025

Tam Suhaimi Bertegas Tak Perlu Adegan Panas Untuk Tarik Penonton

Tam Suhaimi tak setuju perlu adengan panas untuk karya laris

Featured Wed, 26 Jul 2023

Berat Badan Turun 18 Kilogram, Punca Fasha Sandha Makin Seksi?

Tak baik main tuduh tau, dah kurus confirm excited nak pakai baju lama kan?

error: Content is protected !!