Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 9, 2019 @ 10:47am

Cedera Di Lokasi ‘Wira’, Hairul Azreen Tak Patah Semangat!

Pelakon Hairul Azreen mengakui kecederaan ligamen kaki kanan yang terkoyak akibat aksi terjun dari tingkat dua bangunan setinggi tiga tingkat untuk babak dalam filem Wira tempoh hari sudah kembali pulih.

Hairul yang ditemui di set penggambaran filem itu, kelmarin, berkata doktor sudah menasihati agar berehat dan sepatutnya pulih sepenuhnya dalam tempoh lapan minggu.

“Pengarah pun suruh saya berehat tapi saya beranggapan kalau tak teruskan menyusahkan produksi pula.

“Memang susah sikitlah nak berjalan tapi saya tetap nak teruskan sampai puas hati.

“Lagi pun, kalau saya berehat kemudian paksa diri melakukan semula babak yang masih berbaki mesti kembali sakit,” katanya.

Tambahan pula, isterinya, Hanis Zalikha menjadi penguat semangat untuk terus beraksi meskipun kaki masih cedera.

“Saya kena teruskan juga sebab isteri pun bakal bersalin jadi saya nak bersamanya ketika itu.

“Malah banyak lagi faktor lain yang turut menyumbang. Jangan risau, saya tahu macam mana nak jaga,” katanya bersemangat.

Bagaimana pun, pelakon filem Paskal itu juga mendedahkan pada awal kejadian berlaku dia hampir patah semangat.

“Dua hari pertama selepas kejadian, saya langsung tak boleh berjalan. Takut tak boleh berlakon.

“Tapi selepas menjalani rawatan di hospital, saya berjumpa dengan pasukan produksi dan beritahu nak sambung (penggambaran) cuma hanya boleh jalan perlahan-lahan.

“Lusa pula ada babak berlawan jadi saya hanya ambil pil tahan sakit dan langgar saja.

“Tiga hari selepas itu saya sudah boleh berlari dan lawan,” katanya akui ia mungkin disebabkan ada semangat dan adrenalin yang tinggi.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 5 Apr 2022
Hiburan Sat, 13 Apr 2019

‘Serasi Biar Nampak Ori’- Ini Kriteria Dicari Scha Alyahya Dalam ‘Lagu Cinta Kita’

Pasangan dengan markah terendah akan tersingkir, pemenang yang berjaya akan membawa hadiah wang tunai berjumlah RM 50,000.

Hiburan Fri, 22 Dec 2017

Peminat Tak Sabar Nak Tengok Anak Ramona Zamzam

Peminat Tak Sabar Nak Tengok Anak Ramona Zamzam

Trending Fri, 5 Aug 2022
Hiburan Thu, 6 Nov 2025

Yusuf Bahrin Bimbang Penyakit Ain, Elak Kongsi Kebahagiaan Dengan Zizi Kirana – “Saya Tidak Mahu Berkibatlkan Netizen”

Yusuf Bahrin enggan kongsi kemesraan bersama Zizi semata-mata demi ‘memuaskan’ netizen

error: Content is protected !!