Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin July 19, 2021 @ 11:51am

Sesi Persekolahan Dibuka Secara Berperingkat Mulai 1 September Ini – KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata, mengambil kira situasi semasa pandemik Covid-19, sesi persekolahan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan sehingga 31 Ogos.

Bagaimanapun, sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka mulai 1 September ini.

“Ketetapan ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.

“KPM sentiasa bekerjasama rapat dengan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) bagi memastikan kadar vaksinasi dalam kalangan guru, pentadbir dan kakitangan sokongan di sekolah dapat terus ditingkatkan” tulisnya.

KPM akan terus mengambil kira penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara bagi melihat sekiranya terdapat keperluan untuk membuat perubahan terhadap tarikh tersebut.

Justeru itu, KPM juga akan memaklumkan perincian lanjut mengenai pembukaan sekolah bagi sesi PdP secara bersemuka selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka.

 

 

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 29 Mar 2025
Featured Mon, 23 Feb 2026

Isu Gaduh Selesai! Kak KM & Kak Nona Kembali Berbaik, Ibu Luah Rasa Sebak – “Akhirnya Anak-Anak Ku Berpelukan”

Kak KM sempat berkongsi momen menyentuh hati itu apabila Kak Nona hadir di kediamannya sebelum kedua-duanya gagal menahan sebak dan saling berpelukan.

Kes Mahkamah Thu, 20 Jun 2024
Hiburan Thu, 28 Apr 2022

Selepas 34 Tahun, Tiz Zaqyah Bertemu Abang Kandung Buat Pertama Kali

Tiz Zaqyah pertama kali jumpa abang kandung

Hiburan Wed, 14 Sep 2022
Featured Tue, 10 May 2022
error: Content is protected !!