Euforia Bola 2026
Featured By: Arfah January 13, 2022 @ 1:27pm

Amyra Rosli Masuk Wad Akibat Demam Panas

Pelakon dan pengacara Nona, Amyra Rosli, 30, terpaksa ditahan di wad hospital akibat demam panas dengan suhu yang mencecah 40 darjah celcius.

Perkara ini dimaklumkan oleh pelakon itu menerusi Instagram Story.

Pada mulanya, Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli cuma merawat dirinya di rumah dengan sesekali memeriksa suhu badannya.

Dia juga memberitahu dia sudah pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan kemudian balik semula ke rumah untuk berehat.

“Panadol dah lebih dari 10. Drip pun dah. Pergi hospital pun dah. I pun lost kejap tak tau nak buat apa ni, sebab tanpa painkiller I tak boleh diri dan duduk lama-lama,” kata Amyra.

Berdasarkan Instagram Story pelakon itu, demam panas yang dihadapinya berkemungkinan berpunca dari kesan sampingan suntikan ‘booster’ yang diambil.

“Ada petua tak lepas booster kalau demam dan sakit badan apa nak buat?” tanya Amyra kepada pengikutnya di Instagram.

Dia juga mengakui tidak mempunyai selera makan dan hanya mampu mengalas perut dengan buah-buahan.

Pada jam 1.11 pagi, Amyra memuat naik gambarnya berada di hadapan hospital yang sama, tempat dia mendapatkan rawatan semasa mula-mula demam.

“Semalam malam I dah datang hospital, doktor suruh admit sebab dia kata badan I panas sangat tapi I cakap I drip je la sebab kena kerja ni. Dengan yakinnya konon confirm sihat lepas drip,” ujar Amyra.

Dia pulang selepas dua jam dalam pantauan doktor tetapi kembali semula ke wad kecemasan hospital terbabit akibat demam panas yang tak berkesudahan.

Amyra juga sempat memuat naik gambar yang menunjukkan keadaannya di hospital melalui hantaran di Instagram.

Dia berterima kasih kepada rakan artis dan peminat yang mendoakan kesejahteraannya di ruangan komen hantaran itu.

 

View this post on Instagram

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 10 Dec 2021

“Bahasa Melayu Kami Tak Bagus Sangat, Tapi… ” – Buat Lagu 3 Versi Bahasa, MFMF. Intai Pasaran Antarabangsa

Trio komposer dan penerbit muzik berbakat, MFMF. yang mengukir populariti menerusi lagu Peluang Kedua mengakui penguasaan bahasa Melayu mereka semakin baik. Dianggotai oleh Brendan Lim, Justin Seow dan Zen, mereka banyak belajar dengan penyanyi Hael […]

Hiburan Sun, 22 Mar 2026
Hiburan Thu, 16 Aug 2018

Beto Kusyairy Tak Anggap Dirinya Pelakon Komersial

Ini kerana dalam dunia ini, ada macam- macam watak yang wujud. Baik atau hitam sesuatu watak itu, saya tak mampu untuk spesifik. Macam-macam ragam di dunia ini yang perlu kita faham dan teroka.

Events Mon, 8 May 2023

Komen Status IG Watie, Netizen Bitter Dengan Shuib

Ada juga yang tak puas hati?? Korang ni🙃

Hiburan Sat, 6 Oct 2018

张学友越跳越年轻!赞大马歌迷配合满分「犹如主场」

相隔不到九个月的时间,「歌神」张学友破纪录再度来马举办《A CLASSIC TOUR 学友·经典》世界巡迴;长达3小时的唱跳演出,让他自夸越跳越年轻,更大赞歌迷配合度满分,在大马演出「犹如主场」。

Featured Thu, 22 Jun 2023
error: Content is protected !!