Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 28, 2024 @ 6:47pm

Didengari 7.4 Juta Pengguna! Aina Abdul Bersyukur Lagu Duet Bersama Fabio Asher Meledak Di TikTok

Penyanyi Aina Abdul bersyukur apabila single duet bersama penyanyi terkenal Indonesia, Fabio Asher berjudul Cinta Tak Pernah Tepat Waktu sudah didengari lebih 7.4 juta pengguna di TikTok.

Menurut Aina, dia gembira mendapat kesempatan berkolaborasi dengan Fabio untuk menyanyikan lagu duet ciptaan komposer seberang terkenal, Melly Goeslaw dan mendapat sentuhan penerbit muzik terkemuka, Andi Rianto.

“Sejujurnya saya tak sangka lagu ini menerima respons baik. Sudah tentu saya rasa bangga dan terharu kerana menerima maklum balas yang positif.

“Saya pun memang sudah lama menyimpan impian untuk menyanyikan karya Melly dan diterbitkan oleh Andi. Begitu juga dengan Fabio yang memiliki kualiti suara yang mahal dan gemersik,” katanya kepada XTRA.

Berkongsi pengalaman menyiapkan lagu tema untuk filem Cinta Tak Pernah Tepat Waktu itu, Aina gembira mendapat pelbagai ilmu baharu ketika lagu ini dirakamkan di Jakarta, Indonesia.

“Sejujurnya, saya melalui pengalaman yang cukup luar biasa dan kagum cara kerja mereka. Banyak ilmu baharu yang dapat saya pelajari ketika sesi rakaman berlangsung.

“Alhamdulillah perjalanan menyiapkan lagu ini berjalan dengan mudah dan teratur. Latar belakang Fabio juga boleh dikatakan sama dengan saya.

“Kami membesar bersama band di kelab dan ‘lounge’ hotel sekali gus cara bekerja kami seakan-akan sama. Fabio sangat teliti. Dia akan buat sampai capai apa yang diinginkan. Melly pun sama, saya sangat beruntung kerana peluang ini tidak mudah,” katanya.

Filem Cinta Tak Pernah Tepat Waktu yang diarahkan oleh sutradara terkemuka Indonesia, Hanung Bramantyo merupakan hasil adaptasi novel judul sama nukilan Putut EA.

Menampilkan lagu tema judul sama duet antara Aina dan Fabio, filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi ini menampilkan lakonan Refal Hady, Mira Filzah dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 3 Mar 2024
Featured Thu, 15 Dec 2022
Trending Thu, 15 Nov 2018

Digigit Monyet ‘Samseng’, Bayi 12 Hari Maut

Bayi itu digigit di bahagian kepala dan ditinggalkan ketika dikejar orang ramai bersenjata batu dan kayu.

Trending Mon, 15 May 2023
Featured Mon, 16 May 2022

Catat Memori Manis, DFP Raikan Hari Raya Dengan 3 Suara Emas di Konsert Cahaya Aidilfitri

Konsert Cahaya Aidilfitri – A Tribute to S. Atan di Dewan Filharmonik PETRONAS menampilkan 3 suara emas menyanyikan lagu-lagu raya ciptaan S. Atan.

Featured Tue, 27 Dec 2022

[VIDEO] Adegan Mesra Aliff Aziz & Sophia Albarakbah Buat Netizen Risau

Sweetnya! Berlakon saja tapi ada yang risau Bella jeles nanti

Trending Fri, 30 Oct 2020

Semua Panggung Wayang GSC, TGV Ditutup Sementara Mulai 2 November

Korang tengok TV dekat rumah jelah lagi selamat..

Hiburan Mon, 9 Feb 2026

Amal Jariah Buat Palestin, Aeril Zafrel ‘Berjuang’ Dalam Mini Filem ‘Taufan Al-Aqsa’

Aeril membawakan watak Ahmad, seorang ejen Al-Qassam yang berjuang mempertahankan bumi Palestin

error: Content is protected !!