Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 9, 2026 @ 12:04pm

Amal Jariah Buat Palestin, Aeril Zafrel ‘Berjuang’ Dalam Mini Filem ‘Taufan Al-Aqsa’

Pelakon Aeril Zafrel mengakui dirinya bukan individu yang lantang berbicara mengenai isu Palestin di media sosial kerana bimbang tersilap kata.

Menurut Aeril, dia sedar isu berkenaan sangat sensitif dan memerlukan kefahaman mendalam, justeru memilih pendekatan lebih berhati-hati dengan berkongsi semula hantaran berkaitan Palestin berbanding memberi pandangan peribadi secara terbuka.

“Saya tak pandai sangat nak sebarkan pasal Palestin dekat media sosial. Saya cuba juga, tapi masing-masing ada kelebihan sendiri.

“Kalau saya berkata-kata, saya risau tersalah cakap. Jadi saya berani untuk kongsi saja. Itu salah satu sumbangan saya,” katanya.

Tidak hanya sekadar berkongsi di platform digital, pelakon berusia 37 tahun itu mengambil langkah lebih signifikan apabila menyumbang melalui pembabitannya dalam mini filem Taufan Al-Aqsa yang disifatkan sebagai amal jariah buat dirinya.

Aeril berkata, penglibatannya dalam karya tersebut lahir daripada niat yang ikhlas untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin melalui medium yang paling dekat dengan dirinya iaitu lakonan.

“Ini amal jariah saya untuk kita memperjuangkan hak Palestin. Walaupun saya cuma melakonkan watak Ahmad, tapi kita tahu perjuangan dia memang kerana Allah.

“Dia sanggup berkorban, meninggalkan isteri dan anak-anak yang sedang membesar demi perjuangan tanah air Palestin,” ujarnya.

Aeril berkata demikian ketika ditemui di Bukit Bintang pada Sabtu bagi mempromosikan mini filem Taufan Al-Aqsa.

Dalam mini filem itu, Aeril membawakan watak Ahmad, seorang ejen Al-Qassam yang berjuang mempertahankan bumi Palestin sehingga akhirnya syahid.

Tambahnya, meskipun ia sekadar lakonan, pengalaman membawakan watak tersebut memberi kesan mendalam terhadap dirinya.

“Walaupun ini hanya lakonan, saya dapat rasakan mereka semua benar-benar berjuang kerana Allah, Islam dan tanah air,” katanya.

Aeril turut menyifatkan Taufan Al-Aqsa sebagai karya yang mempunyai misi dan arah tuju jelas, selain mampu membuka mata penonton terhadap realiti yang berlaku di Palestin.

“Saya rasa short film ini sangat menarik kerana saya percaya dengan misi dan arah tuju pengarahnya.

“Saya harap penonton dapat merasai sendiri suasana sebenar yang berlaku di Palestin apabila menonton karya ini,” katanya lagi.

Mini filem Taufan Al-Aqsa dijadualkan menemui penonton pada 19 Februari dan turut dibintangi Wawa Zainal, Zaim Shaari serta barisan pelakon lain.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Apr 2026

Cepat Tantrum, Menjerit & Susah Dengar Cakap, Ayda Jebat Elak Anak Main Handphone – “No Screentime At All!”

Ayda Jebat mengakui dia tegas mendidik dan mengambil pendekatan untuk menghapuskan penggunaan skrin selepas menyedari kesan negatif terhadap tingkah laku anaknya.

Featured Wed, 22 Dec 2021

Sarat Hamil 7 Bulan Tak Halang Ernie Zakri Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

Walaupun penyanyi Ernie Zakri kini sedang sarat hamil tujuh bulan, ia tidak menghalangnya untuk turun padang untuk membantu masyarakat yang dilanda banjir. Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, memuat naik satu hantaran […]

Hiburan Tue, 15 Apr 2025
Trending Wed, 1 Jul 2020
Hiburan Wed, 15 Oct 2025

Farahdhiya Imbau Pengalaman Seram Ketika Sertai Pertandingan Nyanyian, Trauma Hilang Suara Secara Misteri

Farahdhiya imbau perkara mistik suara hilang tiba-tiba ketika sertai pertandingan nyanyian

Trending Fri, 29 Jan 2021
Hiburan Mon, 12 Feb 2018

HAEL TAK BOLEH BAYANG HIDUP TANPA HELENA

Helena merupakan anugerah terindah dalam hidupnya dan kemenangan ini ditujukan khusus untuk bayi comel itu…Alahai, sweet la daddy Hael ni…

error: Content is protected !!