Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida February 12, 2018 @ 6:13am

HAEL TAK BOLEH BAYANG HIDUP TANPA HELENA

Pemenang trofi Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu (AJL)  Hael Husaini sama sekali tidak menyangka kemenangan besar berpihak kepadanya.

Apa tidaknya, melihat kepada persaingan sengit terutama persembahan ‘otai’ seperti Dayang Nurfaizah, terkejut Hael dibuatnya!

” Saya tak pernah bayangkan mendapat tempat sebegini di dalam industri seni suara. Kejayaan ini mungkin pengenalan bagi karier saya. Sungguh saya tak ramal boleh menang pada malam ini, Syukur!,” katanya yang kagum dengan vokal mantap Ernie Zakrie menerusi persembahan ‘Aku Cinta’.  

Inilah rezeki namanya…Akui Hael lagi, kemenangannya turut berkait rapat dengan kehadiran Helena dalam hidupnya.

“ Saya menumpang rezeki Helena. Sejak kehadiran bayi perempuan comel ini, saya akui rezeki dalam bidang seni semakin mencurah-curah,” katanya yang ditemui pada majlis sidang media, semalam.

Kata jejaka berusia 29 tahun ini lagi, Helena merupakan anugerah terindah dalam hidupnya dan kemenangan ini ditujukan khusus untuk bayi comel itu…Alahai, sweet la daddy Hael ni.

“ Saya tidak boleh bayangkan hidup tanpa Helena,” ujarnya ringkas.

Malam kemuncak AJL32 menyaksikan lagu Jampi ciptaan Hael dan Ezra Kong, menewaskan 11 lagu lain.

Mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, sebuah trofi dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM10,000. Tahniah Hael dan Ezra!

Dalam masa sama, Hael yang bergiat aktif dalam mencipta lagu turut memberitahu dia bakal menerbitkan lagu untuk penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Insya-Allah, akan ada satu projek khas. Perancangannya dalam tahun ini juga cuma saya tak boleh nak cerita dengan lebih lanjut. Tunggu okay,” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 9 Jun 2023
Featured Fri, 10 Oct 2025

Ubai MZ Alami Retak Kaki & Buku Lali Terseliuh Gara-Gara Main Bola, Shila Amzah Siap Bagi ‘Warning’

Suami kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah iaitu Ubai MZ memaklumkan telah mengalami kecederaan akibat bermain bola.

Hiburan Tue, 21 May 2019

《声林之王2》马来西亚海选落幕!22岁李艾薇出征台湾

《声林之王 2》马来西亚海选圆满落幕!现年22岁来自吉隆坡的李艾薇在终极决斗中成功击败对手,成为大马之「虎」代表马来西亚出征到台湾参与国际比拼。

Cahaya Mata Tue, 10 Jan 2023

Kongsi Perbualan WhatsApp, Anak Ozlynn Terima Pujian Solat & Mengaji Di Masjid

Pelakon Ozlynn berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp bersama anak sulungnya, Ahmad Ariq dimuat naik di Instagram.   View this post on Instagram   A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) Menerusi hantaran terbabit, Ariq […]

Hiburan Fri, 26 Jul 2019

Ruhainies Bimbang Teman Lelaki Kena Sailang?

Sebab itu saya tidak terlalu terbuka atau mendedahkan si dia. Semestinya saya juga sama seperti wanita lain tentu risau dan cemburu kalau kekasih diganggu.

Featured Sat, 24 Jul 2021

“Netizen Jangan Taasub Dan Cuba Jadi Hakim..”- PU Syed Tegur Netizen Isu Ebit Lew & Caprice

Isu melibatkan misi bantuan kemanusiaan antara Ebit Lew dan Caprice semakin hari semakin mendapat perhatian ramai. Malah, kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Ebit Lew mahupun Caprice tidak menunjukkan tanda-tanda mereka akan menemui jalan penyelesaian. Walaubagaimanapun, […]

Hiburan Sat, 21 Jun 2025
Hiburan Thu, 3 Jul 2025
Hiburan Tue, 5 Dec 2023
error: Content is protected !!