Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 29, 2021 @ 7:01am

Setelah Lebih 6 Bulan Bertungkus Lumus, Neelofa Memperkenalkan…

Setelah lebih enam bulan bertungkus lumus, selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa Mohd Noor, 31, melancarkan aplikasi TheNoor yang boleh dinikmati oleh semua umat Islam di seluruh dunia.

Neelofa menerusi syarikat Noor Luminous Sdn. Bhd. melancarkan aplikasi gaya hidup Islamik perdana mereka yang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri khas seperti waktu solat, arah kiblat, lokasi-lokasi masjid berdekatan ini turut menawarkan fungsi tafsir al-Quran dalam lima bahasa berbeza iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil dan Bahasa Indonesia.

Memilih untuk meneroka bidang pembangunan digital sebagai cabang bisnes baharu, Neelofa selaku Ketua Pegawai Eksekutif Noor Luminous Sdn. Bhd. berkata, aplikasi TheNoor, merupakan aplikasi semua-dalam-satu yang mampu memenuhi keperluan gaya hidup muslim di seluruh dunia.

“Kita tidak boleh nafikan tentang kerancakan pembangunan platform-platform digital sejak kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran pelbagai peranti pintar dengan sambungan internet di hujung jari. Segala keperluan maklumat dapat diakses dengan cepat.

“Selain menggalakkan orang ramai untuk lebih celik IT, pembangunan aplikasi TheNoor yang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri menarik untuk kaum muslimin ini juga dapat menjadi ‘pembantu’ maya untuk kita melaksanakan tugas harian dengan mudah dan cepat.

“Sebagai contoh, bahagian tafsir al-Quran didatangkan dengan lima bahasa termasuk tiga bahasa utama di Malaysia. Kami juga merancang untuk menambah bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Turki, Perancis, Spanyol, Urdu dan Hindi pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Noor Luminous Sdn. Bhd., Ahmad Tajuddin Idris berkata, aplikasi TheNoor juga bakal menjadi platform sehenti perniagaan dalam talian yang menawarkan pelbagai produk dan servis yang menepati Syariah.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa Perkenal Aplikasi Islamik, Ramai Peminat Teruja

“Kami merancang untuk memperkenalkan fungsi wasiat dan faraid yang membolehkan pengguna untuk mengelolakan wasiat mereka menerusi aplikasi TheNoor mengikut undang-undang Syariah.

“Selain itu, kami juga bakal melancarkan kad keistimewaan terhad yang membolehkan pengguna untuk membeli produk Takaful menerusi kerjasama dengan rakan kongsi.

“Sejajar dengan perkembangan jualan atas talian dan galakan pembayaran tanpa tunai, kami turut akan memperkenalkan dompet digital (e-wallet) yang hadir dengan fungsi Kad Prabayar Visa menerusi Fasspay, yang kini sedang menanti kelulusan daripada Bank Negara Malaysia,” katanya.

Selain Neelofa dan Tajuddin, Noor Luminous Sdn. Bhd. turut diterajui oleh Ketua Pegawai Teknologi Mohd. Izzairi Yamin.

Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi Google Play dan Apple App Store bermula semalam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 17 Jul 2021

“You Buat Kami Hilang Rasa Hormat”..- Isu Ebit Lew, Sharnaaz Ahmad Tegur Sikap Caprice

Semalam, artis Caprice telah tampil menceritakan kepada orang ramai mengenai isu sebenar yang berlaku antara dirinya dan Ustaz Ebit Lew di Gaza. Baca artikel berkaitan: “Tapi Kena Pose Untuk Camera 2 Kali… Orang Gaza Persoal […]

Drama Thu, 15 Dec 2022
Featured Tue, 7 Nov 2023
Hiburan Sat, 17 Jun 2023
Featured Tue, 13 Dec 2022
Featured Mon, 22 May 2023

#ICSYVM Musim Ke-6 Kekal Relevan, Terima Sambut Hangat Penonton!

#ICSYVM6 -Anda sekeluarga kini adalah penyiasat!

error: Content is protected !!